Sharon Ismail aktif beri tip di TikTok!

Belum sebulan berjinak-jinak dengan TikTok, video-video Sharon Ismail di aplikasi video itu kian popular!

Personaliti yang popular dengan rancangan seperti Selamat Pagi Singapura, Sayang Semuanya dan Rahsia Perkahwinan yang popular satu ketika dahulu mendapat sambutan hangat di wadah TikTok. Malah, video pertamanya yang dikongsi 22 Julai lalu mendapat lebih 25,000 tontonan!

@sharon.ismail

I’m finally here on TikTok 🤗 follow along the page as I share more about my journey & share some tips based on my years of experience as an actress & media presenter ✨ #fypsg #sgtiktok #singapore #sgfyp #tiktoksg🇸🇬 #media #actress #tiktokersg #sgtiktoker

♬ girls like me don’t cry (sped up) – thuy

Selain berkecimpung sebagai pelakon dan hos, Sharon Ismail juga seorang pensyarah media! Di TikToknya, beliau aktif memberi panduan kepada orang ramai yang inginkan tip untuk berjaya dalam industri hiburan ini.

Beliau juga mengongsi perjalanan hidupnya sebagai anak seni dan bagaimana beliau boleh ‘terjebak’ dalam dunia lakonan. Amat lucu sekali!

Ramai peminatnya juga memberi komen tentang zaman kegemilangannya di TV, terutama Suria dengan rancangan-rancangan nostalgik seperti Selamat Pagi Singapura, dan beliau juga membalas komen. Jadi korang pergilah komen mana tau dia reply?

@sharon.ismail

Replying to @sonic.404 A surprise for all of you…coming in 2024 😊 #fypsg #sgtiktok #singapore #sgmedia #media #host

♬ Aesthetic – Tollan Kim

Menurutnya, beliau akan melakukan tarian ‘Cupid’ sekiranya beliau mendapat sejuta pengikut! Jadi, apa tunggu lagi? Jom kita kasi TikTok Sharon Ismail sampai sejuta pengikut!

#Roadto1MillionSharonIsmail

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: TikTok Sharon Ismail)

Tinggalkan komen