Meskipun dua ahli kumpulan Wings telah keluar daripada band tersebut, konsert 40 tahun mereka yang bakal berlangsung di Singapura tetap akan diteruskan.
Itulah yang dikongsi oleh pihak penganjur, Biz Trends Media, di media sosial mereka dalam sebuah siaran yang dikeluarkan bersama Awie dan kumpulan Wings.
Konsert tetap go!
Menurut siaran tersebut, mereka menyatakan bahawa konsert di Singapura bakal berlangsung seperti dirancang meskipun Black (dram) dan Eddie (bass) telah pun mengumumkan persaraan mereka daripada kumpulan rok legenda itu.
Menurut Awie, “Semangat Wings kekal teguh.”
Kumpulan Wings akan menggegarkan Singapura di Stadium Tertutup Singapura pada 24 Disember kelak. Tiket masih boleh didapati di lelaman Sistic.
Nak refund? Boleh.
Selain itu, pembeli tiket juga boleh memilih untuk membuat pampasan tiket sekiranya mereka tidak lagi ingin ke konsert tersebut ekoran berita mengejut ini.
Berdasarkan e-mel yang dihantar oleh Sistic kepada pembeli tiket, mereka boleh mendapatkan pengembalian wang secara penuh sekiranya tidak lagi ingin menonton konsert akibat persaraan dua ahli ini.
Mereka hanya perlu menghantarkan permintaan itu di pautan yang tertera dalam e-mel tersebut sebelum 30 Oktober ini.
PR mantap
Beginilah sesebuah penganjur acara atau EO harus mengendalikan situasi apabila berdepan dengan masalah atau kegenjotan.
Bukan kongsi siaran lepastu padam. Habistu diam terus, tak begitu SAH Entertainment? Konsert DOLLA di Singapura, apa cita?


