Tokti dah, MimiFly pun dah, siapa sasaran Boblet lepas ni?

Tak sampai seminggu, TikToknya menyanyikan lagu Biduanita Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, sudah pun disedari oleh penyanyi itu.

Advertisements

Kini, BobletLee Pichay kembali dengan cabaran yang sama tetapi penyanyi yang lain – Mimifly! Yang lucunya, dia nyanyikan lagu Raya of the Year iaitu “Serumpun”. Tak sempat dia nak nyanyi lagu lain, penyanyi itu telah memberikan komen di TikToknya.

‘Trend’ yang dilakukan Boblet ini memerlukan selebriti besar seperti Tokti untuk meninggalkan komen kerana untuk meraih perhatian selebriti Gred A ni memang sukar. Tahu-tahu, Boblet berjaya melakukan ini dalam masa 2 hari saja. Dan untuk Mimifly, sehari pulak.

Agak-agak, siapakah sasaran Boblet lepas ini? Mungkinkah Ziana Zain? Taufik Batisah? Ernie Zakri? DOLLA? Atau mungkin Boblet boleh melihat lebih jauh seperti artis Hollywood pula? Doja Cat ke, Sabrina Carpenter, Dua Lipa mungkin?

Advertisements

Boblet juga ada nyanyi lagu Noraniza Idris tapi nampaknya Noraniza Idris belum notice lagi!

Boleh tahan geli hati melihat gelagat warganet Malaysia (dan juga Singapura) yang mudah terhibur dengan aksi Boblet ini.

Advertisements

Tinggalkan komen