Tak ke terkejut apabila konsert yang sepatutnya mula pada jam 8 malam secara tiba-tiba mula pada jam 5.30 petang dan pembeli tiket tidak diberitahu?
Begitulah situasi di konsert solo Nadhif Basalamah yang berlangsung di Singapura semalam, 12 September.
Ramai penonton tiba di konsert ‘menjaga hati: southeast asia tour’ sekitar jam 7.30 malam apabila penyanyi ‘bergema sampai selamanya’ ini hampir tamat konsertnya.
Difahamkan bahawa pihak penganjur, Banyak Bagus Entertainment, telah menghantarkan e-mel mengumumkan penukaran masa ini tetapi sebenarnya ramai pembeli tiket tidak mendapat e-mel tersebut, menurut sebuah artikel Mothersh*p.
Bukan itu saja, sepertinya tiada pengumuman rasmi di Instagram BBE selain siaran jadual IG Story mengenai konsert ini yang menunjukkan masa baharu konsert ini. Ia mungkin tidak dilihat oleh pembeli tiket.
Sungguh kasihan melihat gelagat penonton di TikTok yang terlepas persembahan penyanyi kegemaran mereka.
Pelik sekali, ada segelintir yang berkongsi bahawa mereka baru saja mendapat e-mel penukaran jadual hari ini (13 September).
Mungkin serve emel mereka lagging…
Moga-moga penonton yang terjejas dapat wang pampasan. Ayuh sama-sama blacklist BBE!
Kesian Nadhif, agak-agak dia rasa pelik tak panggung tak penuh?
Pelik eh insiden ni? Tak pernah-pernah konsert tukar timing ke 5.30 petang? Pape je tau???
Korang mengalami situasi ini? Kongsi dengan kami!

