Pangdemonium persembahkan muzikal atas air batu – Kimberly Akimbo!

Singapura bakal menyaksikan pementasan teater pertama yang dipersembahkan menerusi luncur ais (ice skating)!

Advertisements

Ya, betul! Pementasan Kimberly Akimbo yang dibawakan oleh Pangdemonium akan menyaksikan sebuah persembahan disajikan di mana para pelakon memakai kasut luncur ais. Menarik, kan?

Kimberly Akimbo merupakan persembahan terakhir Musim 2025 Pangdemonium di mana seorang ikon teater Filipina akan kembali ke pentas Singapura.

Muzikal yang memenangi Anugerah Tony 2023 bagi Muzikal terbaik ini akan menemui anda Oktober ini di Panggung Victoria. Karya David Lindsay-Abaire ini, serta muzik oleh Jeanine Tesori ini sebuah karya yang akan membuat anda geli hati, rasa pilu dan berperikemanusiaan.

Kisah ini mengikuti Kimberly (Menchu Lauchengco-Yulo), seorang gadis berumur 15 tetapi berada dalam jasad seorang berumur empat kali ganda dek gangguan baka yang agak jarang. Kimberly bukan saja harus berdepan dengan keluarganya yang kecoh, muslihat makciknya, menjadi seorang pelajar yang agak kekok di sekolah baru. Masa juga tidak menyebelahinya kerana ulang tahun ke-16nya mungkin sambutan terakhirnya.

Advertisements

Diarahkan oleh Tracie Pang, Kimberly Akimbo juga dibintangi Zachery Pang, Rebekah Sangeetha Dorai, Benjamin Chow, Frances Lee, Melissa May Garcia, Angelo Martinez, Beatrice Jaymes Pung, dan Theo Chen.

Tiket boleh didapati di lelaman Pangdemonium mulai sekarang, dan anda juga boleh gunakan kredit SG Culture Pass untuk membeli tiket bagi persembahan ini mulai 1 September.

Kimberly Akimbo akan bermula pada 7 Oktober hingga 2 November di Panggung Victoria.

Jangan lepaskan peluang untuk tonton muzikal atas ais yang pertama di Singapura!

Advertisements

Tinggalkan komen