Pesta Muzik Sing60, sebuah acara muzik yang mengangkat muzik tanahair bakal berlangsung selama dua hari di Taman Bukit Larangan (Fort Canning Park) pada 6 dan 7 Disember, menurut sebuah artikel Straits Times.
Pesta muzik ini akan berlangsung di dua pentas berbeza, menampilkan lebih daripada 60 bakat setempat dari pelbagai genre dan generasi.

Antara pemuzik Melayu yang boleh anda nantikan ialah Imran Ajmain, Iman Fandi, Shazza dan Amni Musfirah, antaranya. Penyanyi terkenal, Hyrul Anuar, tidak akan membuat kemunculan nampaknya.
Tiket-tiket boleh didapati di lelaman Sistic. Tiket 1 hari berharga $40 manakala tiket 2 hari berharga $60.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke lelaman rasmi Sing60.
