Pelakon kelahiran Singapura, Hisyam Hamid, kini kembali ke layar perak menerusi filem terbaharu berjudul Memori, yang bakal menemui penonton di Singapura mulai esok, 14 Ogos.
Filem ini mengisahkan sebuah keluarga yang berdepan dugaan besar apabila si bapa menghidap penyakit Alzheimer. Anak lelakinya, Imran (lakonan Hisyam Hamid), yang sudah lama menjauh, terpaksa pulang untuk menjaga ayahnya. Namun, hubungan mereka menjadi tegang apabila keluarga mengetahui bahawa Imran bukanlah seorang yang mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya.
Menariknya, karya arahan Abid Hussain ini diilhamkan daripada kisah benar, menjadikannya lebih menyentuh hati dan penuh emosi.
Selain Hisyam, barisan pelakon filem Memori ini turut dibarisi nama-nama hebat seperti Dato’ Hilal Azman, Diana Danielle, Aanantha Rajaram, Anas Ridzuan, dan Pushpa Narayan.
Menurut laman Golden Village, Memori akan ditayangkan secara eksklusif di cawangan GV Vivocity dan GV Yishun sahaja. Kenapa ehk 2 cawangan saja?
Jangan lepaskan peluang, jom tonton dan hayati kisah penuh emosi ini!

