Setelah 8 minggu bertarung di pentas, akhirnya saat yang dinanti-nantikan tiba!
Izat Ibrahim, wakil Singapura di Big Stage Alpha peringkat akhir berjaya merangkul tempat ke-6.
Izat telah membawa lagu Januari nyanyian asal Glen Fredly di minggu ke-8 pertandingan realiti Astro Ria ini.
Menurut juri, prestasi persembahan solo Izat agak kurangz minggu ini tetapi tetap memukau.

Bersama kumpulan Alpha Ultra, Izat telah membawa lagu Run oleh BTS dengan begitu bertenaga, padat dengan gerak tari lincah.
Tambahan itu, semua peserta juga telah membuat debut menyanyikan lagu mereka tersendiri berjudul Mona Lisa!
Ariel Fesol menjuarai musim pertama Big Stage Alpha.
Malam tadi, Marsha Milan diundang sebagai juri jemputan, mengiringi Edry, Datuk Syafinaz dan Hael Husaini.
Ekoran pertandingan Big Stage Alpha, kumpulan Alpha Yang dianggotai OT7 – Araff Mohamed, Afiq Sky, Daniel Sher, Ray-D, Ariel Fesol, Rizal Rasid dan Izat Ibrahim akan ke Korea Selatan untuk mendapatkan latihan untuk memperkasakan lagi kemahiran mereka sebagai boy group Nusantara yang mungkin bakal mencetus fenomena!
Kumpulan Alpha juga dijemput untuk menampilkan diri dalam konsert solo Hael Husaini yang bakal berlangsung pada Ogos nanti di Kuala Lumpur.
Tahniah sekali lagi buat Izat Ibrahim serta anggota Alpha yang lain. Tak sabar nak tengok masa depan kumpulan Alpha yang berbilang negara serta bangsa ini. Ada Malaysia, Brunei, Gurkha dan juga Singapura!
Jangan lupa strim Mona Lisa (Bang Bang), tau?


