Sekiranya anda buntu nak ajak si cilik ke mana musim cuti sekolah Jun ini, apa kata bawa ke pawagam untuk menonton Ejen Ali: The Movie 2?
Animasi popular Malaysia itu kembali dengan filem sekuel ‘Ejen Ali: The Movie 2’ dan kini ditayangkan di pawagam Golden Village serta Cathay Cineplexes, di cawangan terpilih seperti tertera di bawah:
- Golden Village Bedok
- Golden Village Tampines
- Golden Village Yishun
- Golden Village Plaza
- Cathay Causeway Point
- Cathay Downtown East
- Cathay Century Square
- Cathay Clementi 321
Filem kedua ini mengisahkan perjalanan Ali, seorang budak lelaki biasa yang secara tidak sengaja direkrut menyertai agensi perisikan rahsia, MATA. Ali terpilih sebagai perintis bagi sebuah misi berisiko tinggi di bawah SATRIA, program elit yang menggunakan sut berteknologi tinggi dengan bantuan kecerdasan buatan (AI).
Namun, misi tersebut menjadi rumit apabila Neonimus, seorang penggodam misteri, muncul semula untuk membuat kacau dan Rizwan memohon bantuan Ali untuk menjejak dalang sebenar di sebalik siri ancaman yang menggugat keselamatan Cyberaya!
Filem yang mampat dengan visual hebat, bunyian mantap dan animasi berkualiti tinggi dengan aksi luar biasa serta jalan cerita yang kompleks dan penuh emosi ini telah mengutip sebanyak RM34.2 juta dalam tempoh 11 hari tayangan di Malaysia, tau!
Kalau belum kenal sangat siapa Ejen Ali, apa kata korang catch up dulu dengan siri animasi Ejen Ali di Netflix atau Disney+ sebelum menonton di pawagam?
Jadi, apa tunggu lagi? Bawalah anak, adik, cucu, anak buah anda tonton Ejen Ali: The Movie 2 di pawagam musim cuti sekolah ini!

