Gayong: Filem penuh aksi, tapi lambat ke puncak

Gayong sememangnya sebuah filem yang sarat dengan aksi dan semangat perjuangan—mengangkat kisah benar tentang Meor Abdul Rahman (lakonan mantap Beto Kusyairy), tokoh penting dalam dunia persilatan, yang mengembangkan ilmu Gayong dari Perak ke Singapura.

Tapi jujurnya, masa saya menontonnya semalam di Golden Village… saya rasa mengantuk juga lah.


Klimaks padu, tapi tunggu lama sangat

Tidak boleh dinafikan bahawa adegan di Pulau Sudong tu memang klimaks yang padu. Orang kampung bersatu hati menentang tentera Jepun—itu baru rasa “woah, ni baru silat!”

Advertisements

Dan bila Chom (Nabila Huda) serlahkan kemahiran silatnya—meremang bulu roma. Tengok dia libas musuh macam srikandi!

Babak perlawanan Meor dengan askar Jepun pun juga cukup intense. Bertubi-tubi tumbuk tendang! Ini baru adrenaline rush yang saya tunggu-tunggu!

Tapi… kenapa kita kena tunggu lebih sejam untuk sampai ke situ?

Advertisements

Lakonan mantap, tiada persoalan

Sebelum saya memberi ulasan filem ini, saya ingin memuji lakonan watak utama iaitu Beto Kusyairy. Dan juga Nabila Huda!

Memang tiada tandingannya lah dua pelakon hebat ni.

Advertisements

Beto membawa watak Meor dengan begitu bagus sekali. Amat composed dan terserlah aura lelaki Melayu menerusi wataknya ini. Selain penyampaian skrip yang sungguh meyakinkan, gerak geri silatnya juga menunjukkan bahawa beliau amat menjiwai watak!

Bagi Nabila Huda pula, memang watak macam ni dia punya. Very the wanita Melayu terakhir!

Advertisements

Jalan cerita agak mendatar

Filem ini cuba membawa kita menelusuri perjalanan hidup Meor—seorang lelaki biasa di Perak hinggalah dia menjadi jurulatih tentera British di Singapura.

Tapi penceritaannya agak… mendatar. Adegan demi adegan terasa macam satu montage panjang yang tak cukup emosi untuk buat penonton ‘melekat’.

Mungkin salah satu masalah utama: naratif ‘Omputeh benci Melayu’ yang dah terlalu biasa. Tiada kelainan.

Advertisements

Dan kenapa watak Tony (tentera British yang buli Meor) tak diberi penamat yang memuaskan? Patutnya dia sertai kelas silat Meor—baru lah ada closure atau full circle moment!


Seni lain pun ada maruah juga

Pembukaan filem? Agak meh.

Meor masuk gelanggang, belasah petinju Muay Thai yang kononnya nak cari cabaran. Kenapa perlu rendahkan seni bela diri budaya atau bangsa lain untuk naikkan silat? Tak ke nampak macam insecure?

Silat boleh berdiri megah atas kekuatannya sendiri. Tak perlu memperkecilkan seni budaya negara lain semata nak nampak hebat.


Antagonisnya siapa?

Sepanjang filem, saya asyik tertanya: siapa sebenarnya antagonis cerita ni? Wak Kusang (Yayan Ruihan)? Talib? Pihak British?

Watak Talib (Wan Raja) misalnya, diperkenal dengan aura misteri—tapi akhirnya, tak ke mana. Tiba-tiba mati.

Advertisements

Saya siap fikir dia akan buat plot twist gempak. Tapi… hampa.


Plot kurang fokus, simpan untuk sekuel ke?

Daripada awal sampai hampir hujung, saya tertanya-tanya: apa sebenarnya hala tuju filem ni? Ia hanya jadi jelas dalam 20 minit terakhir. Terlalu lama penonton dibiarkan penuh tanda tanya.

Namun, Gayong masih ada nilai tontonan—terutama untuk peminat sejarah dan seni bela diri Melayu.

Advertisements

Filem arahan Faisal Ishak tidak mengecewakan dari segi koreografi aksi. Tapi dari segi penceritaan, boleh diperbaiki.

Dan oh ya, saya betul-betul ingat Fauzie Laily ada dalam filem ni, rupa-rupanya takde! Atau mungkin saya terlepas?

Advertisements

Tapi dengarnya, akan ada sekuel! Meor jadi polis, uolls!

Harap kali ini, jalan ceritanya lebih padat dan tak draggy.


Nak tengok? Jangan harap sangat tau.

Kalau anda peminat silat, Gayong patut juga masuk dalam senarai tontonan.

Tapi bersedialah untuk duduk lama sebelum ‘kick’ sebenar muncul. Mungkin filem ini hanya tapak asas untuk sesuatu yang lebih besar di sekuel nanti.

Advertisements

Anda boleh tonton Gayong sekarang di pawagam Golden Village, Shaw Theatres dan Cathay Cineplex di Singapura.

Tinggalkan komen