Izat Ibrahim kembali ke posisi pertama di Big Stage Alpha pada minggu ke-5 yang berlangsung semalam.
Penyanyi asal Singapura itu merosot ke tempat kedua pada minggu lepas, setelah menduduki tempat pertama pada minggu sebelumnya.
Izat Ibrahim meraih markah tertinggi pada minggu ke-5 iaitu sebanyak 83.70% malam semalam.
Izat mendendangkan lagu Khayalan (oleh Ruffedge & V.E.) yang diberi sentuhan ala orkestra yang membuat juri memukau!
Kemudian, bersama kumpulan Alpha Prime yang dianggotai Rizal Rasid, Ariel Fesol dan Afiq Sky, menyanyikan lagu EXO berjudul Growl yang mendapat pujian.
Namun, malam semalam tiada penyingkiran… boring.
Semoga Izat akan terus kekal dalam kedudukan teratas dan mengharumkan nama negara tercinta. Mana tahu, boleh menang peraduan ni, kan?


