Alangkah terkejutnya bila ternampak nama Wahyu Rahman—seorang selebriti veteran—tercalon dalam kategori Personaliti Paling Popular Pesta Perdana 2025.
Tiada niat nak ‘hate’… cuma, tak sangka! Tapi itulah realitinya—ini pertandingan populariti. Kalau ada peminat yang setia, sesiapa pun boleh tercalon, kan?
Dalam kategori yang sama, beberapa selebriti wanita turut dicalonkan seperti Daya Aj, Izyan Mellyna, Lydia Asyiqin dan Sofia Dendroff.
Manakala calon lelaki pula termasuk Fadhlur Rahman, Hafidz Rahman, Hazim Saini, Norman Ishak dan Zhin Sadali.

Undian kini dibuka hingga 24 Mei, jam 10 malam menerusi laman rasmi Mediacorp. Anda boleh mengundi 20 kali bagi setiap kategori—jadi manfaatkan peluang itu untuk menyokong personaliti kegemaran anda!
Sekiranya anda ingin melihat calon-calon bagi kategori yang lain, anda juga boleh ke lelaman Mediacorp.
Pesta Perdana 2025 akan disiarkan secara langsung pada 24 Mei, jam 8.30 malam, dengan gandingan hos hebat: Najip Ali, Era Farida, Fauzie Laily dan Farhana M Noor.
Jangan lupa saksikan acara Permaidani Merah pada jam 7 malam yang dihoskan oleh Fadli Kamsani, Azura Goh, Zhin Sadali dan Fikah Zainal. Anda boleh menonton semuanya di MeWatch dan YouTube!
Selain meraikan bakat tempatan, pentas Pesta Perdana kali ini akan dimeriahkan dengan persembahan daripada Taufik Batisah, Hady Mirza, Sezairi, Alyph, Eka Mairina, Rahila Rashun, Yanto Sani, Iskandar Ismail dan Ainul Yaqin.
Dengar khabar, Anuar Zain dan Nadeera turut bakal membuat kemunculan istimewa. Fuh, bukan calang-calang line-up! Tergamak korang tak tengok?
Nak tahu siapa yang bakal menggondol anugerah malam itu? Jangan lupa undi, dan saksikan malam gemilang ini—siapa tahu, undian anda yang buat bezanya! Tapi let’s be honest… takde orang kisah wkwkwkwkw

