Pelakon berpengalaman Sani Hussin akan menghidupkan kembali watak Yusof Ishak dalam pementasan arahan Mohd Fared Jainal, berjudul Yusof: Portrait of a President.
Sani Hussin diiringi barisan pelakon hebat seperti Siti Khalijah Zainal, Ghafir Akbar, Dalifah Shahril, Farah Ong dan Fauzie Laily.
Ditulis oleh Zizi Azah, karya ini pertama kali dipentaskan pada Pesta Raya 2015, dan kini dihidupkan semula dengan sentuhan baharu oleh Teater Ekamatra.
Alfian Sa’at selaku dramaturg, manakala Sufiyanto dari Kebaya Societé mereka busana untuk pementasan ini.
Melalui karya ini, penonton akan dibawa menelusuri kisah seorang wartawan muda yang akhirnya menjadi tokoh penting dalam sejarah Singapura—seorang pemimpin yang memperjuangkan maruah, kesaksamaan dan kesatuan.
Yusof: Portrait of a President akan berlangsung dari 17 hingga 19 Oktober di Teater Dermaga Singtel Esplanade
Pementasan ini merupakan sebahagian daripada 60 Connections – At Home and Afar, program yang meraikan SG60 melalui seni dan cerita tempatan serta kerjasama antarabangsa.
Tiket bagi Yusof: Portrait of a President kini boleh didapati di lelaman Esplanade. Jangan lepaskan peluang ini untuk mengenali sisi peribadi Presiden pertama Singapura.


[…] anda yang tidak sempat membeli tiket persembahan Yusof, Portrait of a President kerana hari tak ngam atau agak terlambat, usah […]
LikeLike