Telaga Suriram hanya akan ada di pawagam Golden Village!
Filem seram arahan Osman Ali itu akan ditayangkan secara eksklusif di pawagam Golden Village di Singapura.
Dibintangi barisan pelakon seperti Maya Karin, Nabila Huda, Farid Kamil, Scha Al-Yahya, Puteri Rafasya, Ellie Suriaty, Fauzi Baadilla, Zack Zabhas dan banyak lagi, ia mengisahkan tentang seorang gadis bernama Suriram yang hilang secara mendadak.
Penduduk kampung mula percaya bahawa ada seseorang cuba menghidupkan kembali upacara kuno yang melibatkan pengorbanan anak kecil.
Bagi penggemar filem hantu, anda pasti tidak ingin melepaskan peluang untuk saksikan Telaga Suriram. Menurut lelaman Golden Village, anda boleh menonton filem ini di GV Vivocity, Plaza Singapura dan Yishun mulai 8 Mei nanti.
