Tiket konsert Dato’ Sri Siti Nurhaliza di Singapura mula dijual 24 April

Tiket konsert ‘Dato’ Sri Siti Nurhaliza – THE NEXT WAVE‘ bakal mula dijual Khamis ini, 24 April mulai 12 tengahari.

Advertisements

Persembahan berskala besar yang akan ditempatkan di Stadium Tertutup Singapura akan berlangsung pada 26 Julai, Sabtu. Ini bermaksud peminat Biduanita Malaysia itu, yang lebih dikenali sebagai Sitizoner, mempunyai kira-kira 3 bulan saja sebelum konsert itu berlangsung.

Menurut siaran di Instagram Biz Trends Media, tiket bermula pada harga $98 hingga $288. Tiada pakej Meet & Greet setakat ini.

Advertisements

Kali terakhir penyanyi bersuara lunak itu beraksi di pentas Singapore Indoor Stadium adalah pada 2005, dua dekad lalu. Kini beliau kembali dengan penuh semangat dan aura baharu!

Advertisements

3 comments

Tinggalkan komen