Buat peminat setia Projek: High Council yang sudah tidak sabar untuk menyaksikan filem prekuelnya, Kahar: Kapla High Council, jangan risau! Anda tidak perlu menunggu lama kerana filem ini bakal menemui anda di Singapura mulai Khamis depan, 5 Disember 2024.
Menurut poster yang tertera di laman rasmi Golden Village, filem ini akan mula ditayangkan di rangkaian pawagam mereka.

Namun, sama ada pawagam lain seperti Cathay Cineplexes dan Shaw Theatres akan menayangkan filem ini masih belum dapat dipastikan. Jadi, stay tuned untuk pengumuman lanjut!
Kahar: Kapla High Council adalah sebuah filem prekuel yang menelusuri kisah asal watak Kahar, lakonan Amir Ahnaff.
Filem ini yang mula ditayangkan di pawagam Malaysia hari ini (28 November) membawa penonton menyaksikan perjalanan Kahar yang memberanikan diri bertanding dalam Pilihan Raya demi melindungi teman baiknya.
Dalam istilah mudah, filem ini adalah origin story yang menjawab persoalan tentang bagaimana Kahar menjadi watak penting dalam dunia Projek: High Council.
Filem ini turut menampilkan barisan pelakon muda berbakat, kacak lagi helok seperti Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Thompson Goh, Khenobu, Fazziq Muqris, serta ramai lagi. Dengan gabungan pelakon hebat dan plot yang mendalam, filem ini menjanjikan pengalaman sinematik yang mendebarkan dan penuh emosi.
Bukan itu saja, pasti ia membuat para anak dara, mak dara dan boti-boti di luar sana geram menonton barisan pelakon ini, kan?
Jadi, buat korang yang dah lama menunggu, jangan lepaskan peluang untuk menonton filem ini di layar perak. Apa lagi, jom semak jadual tayangan dan dapatkan tiket apabila tiket mula dijual kelak!
Siap-sedia untuk menyelami kisah penuh aksi dan persahabatan dalam Kahar: Kapla High Council!
Kemaskini:
Cathay Cineplexes juga akan menayangkan filem ini.

[…] boleh saksikan filem ini di pawagam Singapura di lokasi […]
LikeLike