Pelakon dan penyanyi kacak setempat, Aliff Aziz, baru-baru ini mengundang perhatian warganet dengan satu soalan: Ladies, saya perlukan pendapat anda. Kalau korang tengah angin merajuk, korang nak apa?
Dalam tinjauan ringkas yang dimuat naik di Instagram Story, Pak Duda anak dua itu menawarkan tiga pilihan—sejambak bunga, minyak wangi, atau makanan kegemaran.
Yang penting… it’s urgent!
Nampak macam innocent, kan? Tapi ini Aliff Aziz. Siapa tahu drama apa yang berlaku di sebalik tabir?
Atau… Aliff cuba menyertai trend TikTok?
Pengaruh babycumiiiyyy mendonia sehingga penyanyi asal Singapura ini juga tidak ingin ketinggalan terlibat dalam trend hmm, majok!
Dalam Story susulannya, beliau dengan bangga mengumumkan bahawa tinjauan tersebut “mujarab” (eh, betul ke?).
Pilihan dengan undian terbanyak—tidak mengejutkan sesiapa—adalah makanan kegemaran dengan 52% undian!
Di tempat kedua, sejambak bunga mengutip 29% undian, manakala minyak wangi ketinggalan dengan hanya 19%.
Mungkin warganet fikir kalau minyak wangi murah, gadis itu lagi marah?
Tapi persoalan sebenar yang membelenggu fikiran ramai: siapakah gadis yang cuba dipujuk Aliff ini? Ruhainies, ke? Sarah Yasmine, mungkin?
Atau dia sebenarnya tengah cari jalan untuk menyejukkan hati bekas isterinya, Bella Astillah?
Apa pun, kami hanya mampu berdoa agar love life Aliff Aziz tidak lagi penuh plot twist.
Harapnya bunga-bunga cinta beliau mekar (tanpa angin taufan)!



[…] tidak ketinggalan memberikan kata-kata dorongan dan sokongan di ruangan komen. Semoga penghijrahan Aliff kali ini membawa keberkatan dan kegemilangan dalam kerjaya dan […]
LikeLike