“Korang jaga tak batas dengan ipar?”
Itulah soalan yang tertanya-tanya usai menonton filem Ipar Adalah Maut karya Hanung Bramantyo.
Filem yang dahulunya ditayangkan di pawagam pertengahan tahun kini boleh disaksikan di Netlfix, bersama keluarga dan rakan.
Tapi ini bukan sembarang filem tentang kehidupan rumah tangga yang bahagia – sebaliknya ia menyelam ke dalam sebuah hubungan yang cukup… rumit. Mungkin terlalu rumit!
Bayangkan tajuknya saja, Ipar Adalah Maut.
Nah, jelas ini bukan cerita remeh-temeh tentang ipar yang hanya suka “menyibuk” atau “masuk campur”. Tidak, ini lebih dalam dan dramatik.
Tapi Min takkan cerita panjang tentang plot – rasanya semua dah tahu dari spoiler-spoiler dan parodi-parodi yang tular di X (Twitter), TikTok, dan Instagram. Rata-rata netizen dah beramai-ramai buat analisa scene-by-scene, siap dengan sketsa kelakar ala TikTok!
Sex for grades?
Filem ini bermula dengan kisah cinta terlarang antara Nisa (Michelle Ziudith), seorang pelajar kampus yang angau pada pensyarahnya, Aris (Deva Mahenra). Eh, dalam banyak-banyak lelaki, pensyarah jugak jadi sasaran?
Min jadi bingung – kampus ni tak ada etika ke? Tak ada orang periksa? Kalau nak buat kontroversi, buatlah betul-betul, tunjuklah dunia kampus yang penuh drama moral. Tapi, tak apalah, kita layankan saja plot dosa pertama ni!
Skip, fast forward, mereka akhirnya menikah dan mempunyai seorang puteri.
Kemunculan orang ketiga
Semuanya nampak damai… sehinggalah muncul watak adik Nisa, Rani (Davina Karamoy), yang juga nak sambung belajar di universiti yang sama.
Tapi masalah bermula bila Rani tak dapat cari rumah sewa dan terpaksa tinggal dengan kakaknya dan abang iparnya.
Kononnya kan keluarga, so boleh lah.
Pendek kata, Rani dah Aris kebablasan dan terlanjur sampai lah si Rani mengandung anak Aris. Mampos!
Tak sah tak basah 💦
Yang kelakarnya, filem berdasarkan kisah benar ni ada banyak adegan basah – masa cinta berputik antara Aris dan Nisa, hujan.
Masa Rani dan Aris terbuat – paip bocor.
Bila Nisa dapat tahu Aris berselingkuh dengan Rani – mereka dalam tab mandi.
Memang penulis skrip ni ada fetish air ke?
Setakat itulah ulasan Min sebab memang pendapat tentang filem ini dah tersebar di socmed.
Hits close to home
Apa yang Min ingin ketengahkan adalah kerelevanannya terhadap penonton di Singapura.
Di Singapura, ramai pengantin baru duduk dengan ibu bapa sambil menunggu flat BTO mereka dibina.
Memang agak rumit, bukan? Bayangkan seorang individu yang baru sahaja bernikah dan kini berpindah ke rumah ibu bapa mertua.
Dalam suasana sebegini, menjaga batas pergaulan dan aurat dengan ipar berlainan jantina memerlukan kepekaan dan kehati-hatian yang lebih. Ini bukanlah situasi yang mudah kerana dalam ruang yang sama, mereka harus menjalani kehidupan seharian sambil menjaga batas-batas pergaulan yang dituntut dari segi agama dan budaya.
Bagaimana nak jaga batas?
Bagi mereka yang serius mahu menjaga batas, banyak cabaran akan timbul.
Pertama, ruang peribadi seperti bilik tidur haruslah menjadi sacred space – hanya untuk suami isteri sahaja dan bukannya tempat lepak atau masuk keluar. Tapi bagaimana pula dengan ruang-ruang lain, seperti ruang tamu atau dapur, di mana interaksi tak dapat dielakkan?
Mungkin bagi seorang isteri yang mempunyai ipar lelaki, aspek menjaga aurat ini memerlukan usaha tambahan, seperti memakai tudung atau pakaian yang sesuai walaupun berada di dalam rumah.
Bayangkan suasana; baru bangun tidur, masih dalam suasana santai, tetapi kena pakai tudung kerana ipar lelaki ada di ruang tamu. Pastu lepas mandi, jangan pulak berkemban.
Bagi suami yang tinggal dengan ipar perempuan pula, kesopanan harus dijaga dalam berpakaian, seperti memakai pakaian yang lebih tertutup walaupun berada di ruang keluarga. Tak boleh shirtless!
Di sinilah kebijaksanaan diperlukan untuk memastikan pergaulan tetap terjaga.
Selain itu, ada juga adab-adab tak formal yang sering dipraktikkan, seperti mengetuk pintu sebelum masuk ke bilik atau memaklumkan setiap kali ingin menggunakan ruang bersama.
Pendekatan ini bukan sahaja untuk menjaga aurat tetapi juga untuk mewujudkan suasana saling menghormati. Contohnya, kalau nak ke dapur pada waktu malam, bagi yang mempunyai ipar berlainan jantina, mereka mungkin akan menunggu sehingga kawasan itu kosong atau cepat-cepat masuk dan keluar.
Walaupun ada keluarga yang tidak begitu menitikberatkan hal ini, bagi yang lebih tegas dalam batas agama dan budaya, mereka harus mengorbankan sedikit keselesaan peribadi.
Sesetengah pasangan malah memilih untuk tidak tinggal di rumah mertua langsung demi mengelakkan pergaulan yang boleh menjadi serba salah ini. Tapi di Singapura, agak sukar kot!
Apapun, bagi mereka yang terpaksa berdepan dengan situasi ini, menjaga batas ini tak ubah seperti “berjalan di atas tali.” Silap langkah, boleh jatuh ke dalam keadaan yang kurang selesa atau mencetuskan gosip tak diingini. Pada akhirnya, kebijaksanaan dan sikap saling memahami menjadi kunci utama untuk memastikan batas terjaga tanpa mencederakan hubungan kekeluargaan yang ada.
Mungkin pada pandangan kita, nampak logik untuk jaga batas dengan ipar yang tinggal sebumbung – itu, kan, common sense? Tapi dalam filem ni, common sense dah tak wujud! Yang wujud hanyalah perasaan curiga, ego, konflik peribadi dan nafsu.
