Vokalis Setia Band, Charly Van Houtten difahamkan pitam sedang konsertnya berjudul Setia Band: Legacy “Charly Van Houtten” berlangsung di Bukit Bintang Temasek (Star Theatre).
Perkara ini telah disahkan oleh perbualan di saluran Telegram SAH Chat Box yang menyatakan bahawa Charly pitam. Difahamkan juga bahawa durasi konsert disingkatkan.
SAH Entertainment telah mengeluarkan kenyataan ringkas di Instagram mereka malam itu.

Kami benar-benar maaf kerana mengakhiri persembahan secara awal. Charly mengalami kepenatan secara mendadak yang memerlukan beliau berehat setelah mempersembahkan 17 buah lagu berturut-turut.
Pihak pengurusan SAH dan SETIA BAND telah mencuba untuk membawa beliau kembali ke pentas tetapi beliau tidak boleh meneruskan [persembahan].
Ini adalah sesuatu di luar kawalan dan kami memohon maaf.
Pampasan bagi pemegang tiket Meet & Greet
Oleh kerana kesihatan Charly tidaklah begitu baik, sesi bertemu ramah telah dibatalkan pada malam selepas konsert itu. Bagi mereka yang telah mendapatkan tiket Meet & Greet, mereka akan diberi pampasan seperti yang tertera di halaman Instagram SAH Entertainment.
Bertemu peminat di Lau Pa Sat?
Namun begitu, kejadian ini tidak terkecuali daripada kontroversi. Di ruang komen IG dan saluran Telegram SAH Entertainment, beberapa warganet meluahkan ketidakpuashatian mereka.
Di TikTok pula, segelintir menyoal mengapa vokalis Setia Band kelihatan bersama peminatnya di perkarangan Lau Pa Sat pada malam selepas konsert.
Apa pendapat anda?




[…] bahawa penyanyi Setia Band, Charly Van Houtten, pitam semasa konsertnya pada Oktober lalu di Bukit Bintang Temasek (Star […]
LikeLike