Pangdemonium dengan bangganya mempersembahkan Musim 2025, yang diolah dengan teliti untuk meneroka makna hidup kita, kuasa pilihan, dan kebahagiaan.
Setiap pementasan membawa tema-tema yang mendalam dan bermakna, menyoal bagaimana kita mengharungi hidup yang telah ditentukan untuk kita, mengajak penonton untuk fikir, adakah kita terikat dengan takdir atau kita ada kuasa untuk mencorakkan masa depan kita sendiri?
Cerita-cerita ini seakan-akan mencerminkan kesan pilihan yang kita lakukan terhadap diri sendiri dan orang sekeliling. Siapakah sebenarnya yang mengawal hidup kita?
Musim ini akan bermula dengan A Doll’s House, Part 2 karya Lucas Hnath, sebuah kesinambungan komedi klasik abadi karya Ibsen.
15 tahun selepas Nora meninggalkan keluarganya, rumah, dan segala yang pernah dia tahu, dia kembali dengan satu permintaan yang bakal menggoncang kehidupan mereka yang ditinggalkan. Jangan risau, tak perlu tahu apa-apa tentang Part 1!
Seterusnya, Pangdemonium dengan bangga mempersembahkan tayangan perdana dunia Singapore, Michigan oleh Chong An Ong.
Tiga Gen Z merancang perjalanan ke bandar hantu yang usang di Singapura, Michigan. Apa yang kelihatan seperti perjalanan yang biasa akhirnya bertukar menjadi kacau-bilau. Karya ini meneroka persoalan tentang rumah dan identiti. Kisah ini asalnya dibangunkan melalui program New Works Lab Pangdemonium.
Musim ini akan ditutup dengan tayangan perdana di Asia bagi pementasan muzikal yang memenangi Tony Award, Kimberly Akimbo.
Kimberly berusia 16 tahun, tetapi satu keadaan genetik yang jarang menyebabkan dia kelihatan seperti 60 tahun. Ketika dia mengharungi kehidupan sekolah dan keluarga (Jantan! Makcik yang pelik! Keluarga huru-hara!), komedi muzikal yang penuh kegembiraan ini membawa kita dalam perjalanan hidup yang tidak dapat dilupakan – tentang bagaimana untuk menikmati hidup sebelum terlambat!
Sempena pengumuman Musim 2025, jualan Tiket Musim 2025 eksklusif akan dibuka dari sekarang hingga 27 Disember 2024. Dengan Tiket Musim ini, anda boleh menikmati ketiga-tiga persembahan tahun depan dan jimat sehingga 26% daripada harga biasa. Pemegang Tiket Musim akan menikmati pelbagai kelebihan seperti fleksibiliti untuk tukar tarikh tempahan sehingga 48 jam sebelum persembahan, tempahan awal sebelum jualan umum, dan perkhidmatan concierge peribadi.
Anda boleh dapatkan tiket anda di lelaman Pangdemonium.
– Pengkritik Sandiwara

