Luqmanshii hadiahkan penstrim IShowSpeed iPhone 16

Pempengaruh Melayu setempat, Luqmanshii telah hadiahkan penstrim popular, IShowSpeed sebiji iPhone 16 ketika pempengaruh antarabangsa itu berada di kawasan Kampong Gelam beberapa minit yang lalu.

Menurut sumber, belum sejam penstrim itu mengestrim di Singapura pada hari ini, IShowSpeed telah mendapat wang sebanyak $10,000 kerana mengalahkan seorang peminat dalam acara lumba lari serta hadiah iPhone 16 daripada Luqmanshii.

Sebelum ini, strim langsung IShowSpeed di taman tema Universal Studios Singapore berdepan dengan sedikit kegenjotan. Ramai pempengaruh setempat, termasuk Hirzi Zulkifli, telah memberi pendapat mereka mengenai isu ini.

– Pengkritik Sandiwara

Tinggalkan komen