Konsert Malam Sejuta Kata, yang melibatkan barisan penyanyi dari dua negara – Singapura dan Malaysia, kini tiba-tiba diganti dengan persembahan kumpulan lawak terkenal, Bocey.
Apa yang sebenarnya sedang berlaku?
Di lelaman Sistic, penjualan tiket untuk konsert Malam Sejuta Kata yang sepatutnya melibatkan Diana Nazyra, Hazrul Nizam, Dhwan Abu, Bob Yusof, Faizal Tahir dan ramai lagi sudah lenyap. Tiada jejak, tiada amaran.
Satu kenyataan yang muncul di lelaman agensi tiket itu hanya menyebut bahawa akan ada persembahan lain di lokasi yang sama, pada tarikh yang sama. Dan dengan berat hati, konsert Malam Sejuta Kata terpaksa dibatalkan.
Tetapi… apa sebenarnya yang sedang berlaku di belakang tabir?
Pihak penganjur, HMA (Hilwah Maid Agency) Entertainment, kini beralih mempromosikan persembahan Bocey berjudul Bocey Comeback Live in Singapore yang bakal berlangsung di The Capitol, pada tarikh yang sepatutnya milik Malam Sejuta Kata, 30 November.
Namun, di media sosial mereka, tiada satu pun penjelasan tentang apa yang telah terjadi. Mengapa konsert itu dibatal secara tiba-tiba?
Sebelum ini, konsert Malam Sejuta Kata telah ditangguhkan dari bulan Jun ke November. Kini, ia dibatalkan begitu sahaja? Apakah sebabnya?
Meskipun begitu, sekiranya anda berminat untuk menonton Bocey Comeback, anda boleh mendapatkan tiket mulai 27 September, Jumaat ini di Sistic.
Kalau nak tengok Acey dan Fad, jangan lupa beli tiket ye!
– Pengkritik Sandiwara




[…] Dapatkan tiket Bocey di sini […]
LikeLike