Konsert Fenomena Dato’ Sri Siti Nurhaliza singkap signifikan Singapura

Siapa sangka Singapura begitu signifikan dalam membentuk kerjaya insan bernama Siti Nurhaliza?

Itulah yang dikongsi dalam konsert beliau yang diberi judul ‘Fenomena – Dato’ Sri Siti Nurhaliza LIVE in Singapore‘ yang memulakan malam pertamanya semalam, 28 Jun.

Signifikan Singapura

Penyanyi bersuara lunak itu membuka tirai konsert di panggung Bukit Bintang Temasek (Star Theatre) dengan lagu Mawarku, yang secara asalnya dinyanyikan bersama 2 By 2.

Beliau kemudian menjelaskan bahawa lagu inilah yang menghadiakan beliau anugerah pertamanya sebagai seorang penyanyi, dan secara kebetulan, acara anugerah itu berlangsung di Kota Singa.

Bukan sekadar itu, sepanjang konsert hampir 3 jam ini, Siti Nurhaliza, atau ‘Tokti’, berkongsi signifikan Singapura dalam kerjayanya sebagai seorang penghibur.

Kebanyakan single-singlenya pertama kali dinyanyikan di rancangan-rancangan eksklusif yang bertempatkan di Singapura, beliau juga pernah dikecualikan daripada memenangi anugerah oleh Anugerah Planet Muzik kerana telah merangkul anugerah tersebut buat sedekad berturut-turut!

Peminat rentas generasi

Ternyata, peminat Tokti ni merangkumi pelbagai generasi. Beliau mengimbau zaman di mana beliau baru berkecimpung dalam industri, hinggalah zaman kahwin dan kini sudah bergelar ibu.

Namun begitu, lagu-lagunya tetap malar segar! Dan oleh kerana itu, banyak medley yang dinyanyikan dalam konsert ini. Sebab kalau nak nyanyi semua lagu top dia, memanglah 10 jam pun tak cukup, oi!

Sebagai peminat Siti Nurhaliza, konsert Fenomena ni memang memuaskan setiap zaman Siti. Ada lagu-lagu lamanya dan ada juga lagu-lagu barunya!

Dari lagu Biarlah Rahsia, Bisikan Asmara hinggalah Anta Permana, Magis dan sebagainya. So peminat veteran dan peminat baru pasti terhibur.

Ada 2 penyanyi jemputan!

Khai Bahar bukan satu-satunya penyanyi yang berduet dengan Tokti tau!

Ha… cuba teka siapakah penyanyi jemputan misteri lagi satu?

Tentu sekali bos penganjur, SAH Entertainment iaitu Sufie Rashid! Memang gempak lah wei.

Also, menurut Sufie Rashid, kali ini ada pembaharuan dalam konsert anjuran SAH iaitu gelang cahaya LED!

Tapi kan… lampu tu macam on kat segmen-segmen tertentu jek… Nak lebih pls!

Bukan konsert Siti kalau takde segmen tradisional!

Fenomena berakhir dengan segmen tradisional, dan menarik sekali, Siti memilih untuk memberi tribute kepada kegemilangan Jalan Ampas.

Lagu-lagu filem klasik seperti Tari Tualang Tiga dinyanyikan sambil diiringi para penari!

Siti juga menampilkan tarian yang berasal dari Palestine dalam persembahannya.

Sayangnya, lagu Cindai takde.

And encore pun takde.

Tapi yang penting… kite enjoyz!

Kepada yang akan pergi malam ini (29 Jun), have fun!

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: SAH Entertainment)

Tinggalkan komen