Syahiba Saufa dan Ochi Alvira kembali ke Kota Singa

Setelah konsert dua hari yang sold out di Esplanade di Pesta Raya bulan lepas, Syahiba Saufa dan Ochi Alvira kembali ke Singapura untuk bertemu peminat mereka di Kota Singa!

Kali ini, duo dangdut koplo yang kian popular di wadah TikTok bakal menghiasi pentas Bukit Bintang Temasek (Star Theatre) sebagai penyanyi undangan di konsert ulang tahun ke-25 Wali Band!

Pasti ramai yang teruja dua gadis ayu ini akan ke Singapura sekali lagi. Yelah, mungkin bila mereka di Esplanade tak sempat tonton, jadi sekarang nak rebut peluang ini untuk menyaksikan mereka secara LIVE!

Tiket-tiket buat konsert Wali Band di Singapura yang berlangsung pada 14 September sudah mula dijual di Sistic.

Dapatkan tiket anda di sini.

Difahamkan bahawa tiket bagi kategori VVIP, Silver dan Bronze sudah pun habis. Jadi, cepat-cepat beli!

Siapa setuju bahawa Syahiba Saufa dan Ochi Alvira patut ada konsert sendiri tapi berskala besar?

– Pengkritik Sandiwara

Tinggalkan komen