Sepertinya Shenty Feliziana yang menggantikan Fatin Amira sebagai hos dalam musim terbaru Manja.
Itulah yang dikongsikan oleh akaun IG mediacorp Untukmu, yang menunjukkan empat hos Manja iaitu Natasha Faisal, Zhin Sadali, Iskandar Shah dan Shenty Feliziana.
Tiga daripadanya merupakan hos daripada musim ke-8. Cuma Fatin Amira saja yang digantikan dengan Shenty Feliziana.
Musim terbaru rancangan bual bicara ini bakal bermula malam ini (6 Mei).
Sebelum ini, Fatin Amira tidak muncul dalam dua episod terakhir Manja siri ke-8 ekoran kontroversi yang melandanya.
Nampaknya dirinya digam oleh Suria kerana hampir segala kandungan yang mempunyai penglibatan Fatin Amira ditiadakan di socmed juga.
Kenapa Suria tak boleh sekat Aliff Aziz jugak eh? Menyampah tengok muka dia time malam raya haritu.
– Pengkritik Sandiwara
