Awie adakan konsert solo di Singapura

Dato’ Awie bakal adakan konsert solo di Bukit Bintang Temasek.

Pada 27 Julai nanti, penyanyi Malaysia itu bakal bertemu peminat Singapura dalam konsertnya yang berjudul Naskah Solo Terakhir – Awie Solitario Journey.

Tiket-tiket boleh didapati di lelaman Sistic mulai Khamis depan, 9 Mei pada 2 petang. Harga tiket bermula pada $68 hinggalah $258.

Menurut siaran Instagram penganjur iaitu MSN Event Management, ia merupakan konsert solo terakhir Dato Awie.

Konsert ini merupakan bingkisan dan rentetan kisah perjalanan serta pengalaman sepanjang 30 Tahun Dato’ Awie bergelar anak seni di atas pentas nanti.

– Pengkritik Sandiwara

Tinggalkan komen