Sijjin – usah nikah sepupu!

Bila masuk pawagam dan terbaca bahawa filem Sijjin ini merupakan adaptasi filem Turki berjudul Siccin, baru terlintas di fikiran “Ya Allah, dah tengok cerita ni kat YouTube!”

Hais… takpelah, sebab filem Siccin ditonton pada tahun 2021 so memang dah lupa jalan ceritanya.

Tidak boleh dinafikan bahawa filem seram Indonesia ini amatlah menggerunkan. Adegan penuh saspens, aksi yang membuat anda loya, kesan visual serta hantu yang amat menyeramkan. Memang asyik terkejut saja tonton filem arahan Hadrah Daeng Ratu ini.

Tapi tu lah, penyelesaian jalan ceritanya boleh diagak – membuatkan pengalaman menonton filem ini kurang mengasyikkan.

SPOILER ALERT
Jangan baca kalau tak nak dispoil ya?

Sinopsis

Sijjin mengisahkan seorang wanita bernama Irma (dimainkan oleh Anggika Bolsterli) yang syok kat sepupu dia sendiri, Galang (Ibrahim Risyad). Malangnya, Galang dah ada keluarga tersendiri.

Oleh kerana itu, Irma menggunakan cara-cara syirik agar Galang bersamanya meskipun sudah diberitahu Pak Bomoh Ikhsan (Ibrahim Risyad) bahawa ketaksuban ini boleh menyebabkan kematian Irma.

Irma berdegil dan tetap ingin menjadi satu-satunya wanita dalam hidup Galang dan akan lakukan apa saja untuk dapatkan perhatian Galang. Lagi-lagi bayi (hasil cinta gelap Galang dan Irma) dalam kandungannya telah gugur!

Tersalah darah

Salah satu syarat untuk menyempurnakan santet Pak Bomoh adalah untuk dapatkan darah isteri Galang, Nisa (Niken Anjani), agar jin akan merasuk Nisa dan kemudian menyebabkannya mati.

Kesemua keluarga darah Nisa juga akan meninggal dunia, termasuk anaknya, Sofia (Messi Gusti).

Irma ke rumah Galang dan Nisa atas alasan nak bertemu anak saudaranya, Sofia. Tapi udang di sebalik batunya adalah Irma inginkan darah Nisa.

Irma terjumpa tuala wanita terpakai di tandas rumah Nisa dan Galang, dan terus melakukan apa yang patut.

Tanpa diketahuinya, tuala wanita tersebut adalah milik Sofia!

Sekiranya adegan di mana Sofia sakit perut tidak disiarkan, mungkin unsur plot twist dalam filem ini akan lebih ketara dan berkesan. Kenapalah tunjuk adegan di mana Sofia dah datang bulan? Kan semua orang dah agak darah tu darah Sofia.

Kesemua keluarga Sofia menjadi mangsa

Oleh kerana darah yang digunakan adalah darah Sofia. Kesemua ahli keluarga Sofia menjadi mangsa.

Bermula dengan neneknya (ibu Galang) dan nenek saudaranya (ibu Irma). Irma menjadi keliru dan sedar bahawa kematian dalam keluarganya itu salah diri dia sendiri.

Dia takut bahawa adiknya Wulan (Delia Husein) akan menjadi mangsa seterusnya.

Irma pun mencari Pak Bomoh untuk hentikan segalanya tapi nasi sudah menjadi bubur!

Adiknya sudah mati, dan dia pun akhirnya menjadi mangsa sebab dia juga mempunyai talian saudara dengan Sofia.

Galang pun mati. Yang cuma hidup Sofia dan ibunya, Nisa.

Di babak terakhir nampak gaya ‘Sofia’ hentikan nyawa Nisa!

Apa yang ingin disampaikan menerusi filem ini?

Ekcili, tak tahu lah kenapa si Irma tu syok sangat kat sepupu sendiri. Nak kata helok… hmm biashe-biashe.

Nak kata kaya… dia jual daging je kot. Tapi rumah besar, macam atas bukit.

Mungkin dia benar-benar cintakan Galang? Mesti besar.

Ha… jadi apa yang kita belajar? Jangan nak kahwin sepupu.

Memanglah boleh dan halal tapi pls eh. Kesian nanti dapat anak baka tak bagus. Incest ni semua!

Apa yang tak kena

Ada beberapa perkara yang kurang senang bila tonton filem ini.

Kenapa lah Nisa tutup pintu bilik mak mertua dia padahal mak mertua dia sakit tenat? Risau!

Asal bila time Galang pergi masjid nak berubatkan Nisa, dia tinggalkan Sofia kat rumah sorang-sorang? Aduiiiiii, bodoh betul!

Bila ibu Irma meninggal, kenapa Irma pakai tudung kain tapi baju dia lengan pendek???

Apakah backstory hubungan Galang dan Nisa? Kenapa mereka berdua macam dah tak saling mencintai?


Anda boleh saksikan Sijjin di pawagam Golden Village di Bedok, Paya Lebar, Suntec City, Vivocity, Plaza Singapura, Tampines, Jurong Point, Bishan dan Yishun.

– Pengkritik Sandiwara

Tinggalkan komen