Hantu Kaki Kotor buka musim 2024 bagi Teater Ekamatra

Berdasarkan buku ‘The Ghost with Dirty Feet‘ tulisan Sharon Ismail, Teater Ekamatra mempersembahkan sebuah pementasan kanak-kanak baharu berjudul Hantu Kaki Kotor.

Persembahan ini mengisahkan Ali, seorang anak kecil yang diambil sebagai seorang anak angkat. Ketika keluarganya berdepan dengan kesulitan dan kesukaran, Ali bimbang kerana dia mungkin diberi kepada keluarga angkat lain.

Oleh kerana itu, Ali cuba sedaya upaya untuk membuktikan kedudukannya dalam keluarganya itu.

Hantu Kaki Kotor adalah sebuah karya yang menitikberatkan ikatan keluarga – di mana apa jua yang berlaku, keluarga akan sentiasa bersatu.

Karya ini diolah semula oleh Adib Kosnan, diarah oleh Irsyad Dawood dan bakal dihidupkan oleh Ali Mazrin, Deonn Yang, Irsyad Dawood, dan Sofie Buligis.

Anda boleh saksikan Hantu Kaki Kotor mulai 22 Februari hinggalah 25 Februari di Black Box, Pusat Drama di masa-masa berikut: 10.30 pagi, 1.30 petang, dan 3.30 petang.

Ia amat disarankan bagi kanak-kanak berusia 7-12 tahun. Setiap kanak-kanak harus ditemani seorang dewasa.

Tiket-tiket boleh didapati di lelaman Book My Show.

BELI TIKET ANDA DI SINI

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: BookMyShow)

Tinggalkan komen