NOAH tetap lanjut di Konsert Galau

Meskipun konsert solo NOAH anjuran YOLO Singapore dibatalkan, band Indonesia itu akan tetap beraksi di Konsert Galau pada 16 Disember.

Itulah yang dijelaskan oleh pihak SAH Entertainment di saluran Telegram mereka pagi-pagi buta tadi setelah YOLO mengumumkan bahawa konsert solo NOAH dibatalkan.

Menurut pesanan yang dihantar, SAH Entertainment tiada kaitan dengan pembatalan konsert solo mereka yang sepatutnya berlangsung pada 17 Disember itu.

Gambar tangkap layar saluran Telegram Sah Entertainment

NOAH tetap akan membuat kemunculan di Konsert Galau seperti yang ditetapkan, bersama barisan artis yang lain seperti Judika, Sufi Rashid dan banyak lagi.

Malangnya, pihak SAH Entertainment mendapat pertanyaan bertubi-tubi kerana peminat menyangkakan bahawa NOAH juga tidak akan buat persembahan di Konsert Galau.

Anda boleh dapatkan tiket Konsert Galau di pautan ini.

SAH Entertainment turut meminta maaf atas kekeliruan ini.

Di Instagram YOLO Singapore pula, pembeli tiket sudah melepaskan ketidakpuashatian mereka di salah satu siaran IG mereka.

– Pengkritik Sandiwara

3 comments

Tinggalkan komen