Dulu ditunda, kini dibatal – konsert solo NOAH di Singapura

Konsert solo NOAH yang sepatutnya berlansung di Singapura pada 17 Disember di Singapore EXPO telah dibatalkan.

Itulah yang diumumkan di wadah Instagram pihak penganjur YOLO Singapore.

Menurut siaran tersebut, konsert NOAH Energized dibatalkan atas persetejuan kedua-dua pihak dek kesusahan teknikal yang tidak dapat diramalkan serta keadaan yang di luar kawalan.

Ruang komen di siaran tersebut dimatikan. Namun, warganet menghempaskan perasaan mereka di siaran di bawah:

Pembeli tiket akan mendapat pampasan wang mereka menerusi cara mereka membeli tiket itu.

Ini merupakan kali kedua pembeli tiket akan melalui proses pengembalian wang. Sebelumnya, pembeli tiket juga melalui perkara yang sama kerana membeli tiket konsert NOAH yang sepatutnya berlangsung pada bulan Oktober di Pasir Panjang.

Kami di Pengkritik Sandiwara sebulat suara akan memboikot YOLO Singapore.

– Pengkritik Sandiwara

3 comments

Tinggalkan komen