Apa terjadi kepada pempengaruh setempat Fauzi Azzhar?
Beliau yang popular di wadah TikTok (93,800 pengikut) dan aktif mengadakan sesi LIVE tiba-tiba tidak mengemas kini sebarang media sosialnya lagi.
Kali terakhir Fauzi memuatnaikkan kandungan di TikTok adalah pada 10 September 2023.
Di Instagram pula, kandungan terakhir dikongsi pada bulan enam lalu.
Fauzi meraih populariti dek video-videonya yang menghiburkan serta lucu. Bukan setakat itu, ia juga relevan dan mengingatkan penonton akan zaman sekolah – terutama sekali video-videonya tentang guru-guru waktu perhimpunan pagi di sekolah.
Selain itu, Fauzi juga antara pempengaruh Melayu pertama yang secara terbuka menyokong dan juga seorang LGBTQ+. Agak menyedihkan bahawa pempengaruh sepertinya kini menyepi.
Kami di Pengkritik Sandiwara kurang pasti apa yang terjadi kepadanya. Sekiranya anda tahu dan ingin kongsi, boleh kongsi di sini.
Pempengaruh lain yang ‘hilang’
Fauzi Azzhar bukanlah satu-satunya pempengaruh yang lesap dari dunia socmed.
Kami juga sedar bahawa mantan juruhebah Ria, Hans Ashrie, turut menghilang.
– Pengkritik Sandiwara

[…] berbulan menyepi, personaliti internet, Fauzi Azzhar, akhirnya kembali ke dunia media […]
LikeLike