Akhirnya, konsert solo Imran Ajmain yang telah lama peminat impikan bakal menjadi realiti.
Penyanyi Singapura itu bakal mengadakan konsert solonya pada bulan satu kelak di Kota Singa.
Diberi judul “MALAM SERIBU TAHUN – IMRAN AJMAIN”, konsert solo ini akan diadakan di Panggung Victoria pada 12 Januari 2024, Jumaat, pada jam 8 malam.
Dalam siaran IG penyanyi Selamat Ulang Tahun… Sayang itu, ditulis bahawa konsert ini adalah sebuah siri konsert terbaharu terbitan Hashtag Media Sdn Bhd dan @elmielmo “Satu Malam Di Singapura”.
Menurut lelaman BookMyShow, penyanyi dan penulis lirik itu akan meraikan perjalanan 20 tahun berkecimpung dalam dunia hiburan dalam sebuah konsert homecoming bersamaan lagu baharu serta album? Oh wow!
Tiket-tiket bermula pada harga $88 sudah boleh didapati di lelaman BookMyShow. Terdapat 4 kategori iaitu Gangsa – $88, Perak $108, Emas – $118 dan Intan $138.
DAPATKAN TIKET ANDA SEKARANG
Ayuh sokong bakat setempat!
Korang suka lagu Imran Ajmain yang mana satu? Sudah Tu Sudah? Taurus (Penawar Rindu)? Harapan Kecewa?
Untuk pengetahuan anda, Imran Ajmain akan muncul di peringkat akhir All Stars Gegar Vaganza pada 10 Disember nanti, bahagian Permaidani Merah. Finale GV10 itu akan bersiaran langsung di saluran Astro Ria dari Axiata Arena.
– Pengkritik Sandiwara

[…] Ha… kalau uolls rindu lagu-lagu Imran Ajmain, apa kata pergi konsert beliau? […]
LikeLike
[…] itu, konsert Singapura penyanyi Padam Dan Pergi masih ada tempat […]
LikeLike