Posisi Hady Mirza dalam All Stars Gegar Vaganza minggu ketiga terjunam ke tangga ke-7, 65%.
Hady Mirza, berbaju Melayu serba lengkap dengan tanjak, membawa lagu Lemak Manis nyanyian asal Roslan Madun.
Aliff Aziz, yang menyanyikan lagu Kasih nyanyian Hetty Koes Endang pula naik lapan tangga di posisi ke-5 minggu ini, 66%.
Jaclyn Victor menjuarai minggu ini dengan markah sebanyak 76%. Semalam beliau membawa lagu Bollywood terkenal iaitu Bole Chudyan. Manakala Ayai yang membawa lagu Donde (Andi Bernadee) berada di tangga terbawah, 51.75%.
Mujur, tiada penyingkiran minggu ini dan semua peserta layak ke pusingan seterusnya di mana mereka akan berduet dengan penyanyi undangan!
Minggu depan, All Stars Gegar Vaganza akan dipenuhi bintang-bintang meletop! Penyanyi undangan bukan calang-calang tau.
Berikut adalah senarai duet dan lagu yang akan mereka bawa.
- Zamani & Jamal Abdillah – Aku Penghibur
- Ayai & Datuk M.Nasir – Raikan Cinta
- Liza Hanim & Ziana Zain – Madah Berhelah
- Ezad Lazim & Mamat Exists – Untukmu Ibu
- Siti Nordiana & Amir Masdi – Ada Apa Dengan Cinta
- Hady Mirza & Marsha Milan – Tentang Rahsia
- Naqiu & Misha Omar – Aku Dan Dirimu
- Jaclyn Victor & Idayu – Dialah Di Hati
- Noryn Aziz & Liza Aziz – I’m Every Woman
- Dato Aishah & Vince – Terlanjur Cinta
- Azharina Azhar & Azmi Saat – Pupus
- Aliff Aziz & Aisyah Aziz – If I Ain’t Got You
- Tomok & Stacy – Menggegar Dunia
- Nikki Palikat & Wani Kayrie – Tak Tercapai Akalmu
Wow, betul-betul gempak lah minggu depan! Pasti semua orang akan tengok GV je. Bak kata Nabil kepada rakan hosnya Jihan Muse dan Kak Lina, channel lain takde orang tengok!
Hmm.. tapi kenapa sampai all out eh? Adakah kerana Astro nak naikkan atau kekalkan rating sebab minggu depan pada 15 Oktober, TV3 akan mulakan siri terbaru Familu Duo?
Famili Duo pun ada wakil Singapura tau! Fuad Rahman bersama isterinya Tom. Adoi… camne ni?
Ape-ape pun, kami di Pengkritik Sandiwara akan tetap menyokong ketiga-tiga wakil Singapura dalam dua rancangan berbeza ini!
– Pengkritik Sandiwara

[…] Hady telah menewaskan sepuluh lagi peserta, termasuk Jaclyn Victor dan Liza Hanim yang masing-masing berada di kedudukan kedua dan ketiga. […]
LikeLike