All Stars Gegar Vaganza: Bakat SG di tangga ‘Top 8’

Konsert Gegar Vaganza musim ke-10 malam semalam macam tonton tribute to Jaclyn Victor, kan? Ye lah, banyak peserta All Stars ni bawak lagu juara GV9 tu tau! Takpe, tu nanti kita berbual.

Yang penting, wakil Singapura iaitu Hady Mirza dan Aliff Aziz merangkul kedudukan Top 8 di pentas Gegar Vaganza musim All Stars kali ini.

Aliff Aziz yang menyanyikan lagu Wanita Seluruh Dunia mendapat 64%, di tangga ke-8 manakala Hady Mirza meraih tempat ke-5 dengan markah sebanyak 70% dengan lagu Segalanya Ku Terima.

Musim kali ini, bukan saja pemenang Gegar Vaganza musim-musim lagu bertanding. Malah, ada peserta hot seat yang diberi ‘nyawa kedua’ untuk bertarung dalam gelanggang berprestij ini!

Barisan juri tetap sama, iaitu Dato’ Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang!

Semalam, diumumkan terdapat 6 orang peserta hot seat yang layak bertanding setelah diundi seramai sejuta warganet. Mereka adalah Nikki Palikat, Suki Low, Zamani, Ezad Lazim, Tomok dan Liza Hanim.

Menurut lelaman iluminasi, kedudukan bagi minggu pertama adalah seperti berikut:

  1. Naqiu – 80.75%
  2. Liza Hanim – 79%
  3. Jaclyn Victor – 71.75%
  4. Nikki Palikat – 71.25%
  5. Hady Mirza – 70%
  6. Noryn Aziz – 68.75%
  7. Ezad – 65.50%
  8. Aliff Aziz – 64%
  9. Tomok – 63.25%
  10. Zamani – 61.25%
  11. Azharina – 59.75%
  12. Suki – 58.50%
  13. Ayai – 55.50%
  14. Siti Nordiana – 54%
  15. Aishah – 51.25%
  16. Cliff Umar – 50.5%

Seperti biasa, tiada penyingkiran pada minggu pertama.

Yang menariknya, ‘tema’ malam semalam adalah lagu-lagu juara. Jadi setiap juara tu nyanyi lagu juara lain. Tapi kenapa banyak lagu Jaclyn eh? Kenapa bukan setiap orang amek 1 lagu juara jek…

Noryn Aziz nyanyi lagu Ikut Rentakku, Naqiu bawak lagu Di Bawah Pohon Asmara, Siti Nordiana bawak lagu Seribu Sesalan, Aishah pula nyanyi Gemilang. Empat wei. Suku peserta nyanyi lagu Jaclyn!

Apa-apa pun, kami harapkan yang terbaik kepada semua peserta! Dan kepada Hady dan Aliff, kami di Singapura sokong tau!

– Pengkritik Sandiwara

P.S.

Best lah tengok pengacara Jihan Muse, Nabil Ahmad dan Kak Lina Pompom (Elly Mazlein) beraksi bersama sebagai pengacara. Min lurve!

gambar header: IG Gempak

Tinggalkan komen