Hady Mirza, Aliff Aziz tarung semula di All Stars Gegar Vaganza!

Gegar Vaganza kembali buat musim ke-10, dan kali ini, pertandingan realiti itu menampilkan peserta pemenang!

Itulah yang diumumkan Astro awal petang tadi di lelamannya. Menurut artikel Gempak, kesemua sepuluh pemenang Gegar Vaganza musim 1 hingga 9 akan berentap di pentas berprestij itu sekali lagi. Edisi ke-10 pertandingan nyanyian ini diberi judul All Stars Gegar Vaganza.

Dua peserta Singapura iaitu Aliff Aziz (GV8) dan Hady Mirza (GV6) akan mewakili Kota Singa. Peserta lain yang akan melibatkan diri ialah Ayai Ilusi (GV1), Siti Nordiana (GV2), Azharina (GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu (GV6), Cliff Umar (GV7) dan Jaclyn Victor (GV9).

Bukan itu saja, lima peserta tambahan dari musim-musim sebelumnya bakal dipilih oleh warganet! Warganet boleh mula mengundi di lelaman sesawang Astro mulai sekarang hingga 10 September kelak.

Antara yang tersenarai dalam calon ‘hot seat’ ini:

GV1: Haleeda, Rahmad Mega, Mamat Exist

GV2: Farahdhiya, Ezad Lazim

GV3: Zarul Umbrella, Ameng Spring

GV4: Liza Hanim, Lan Solo, Hazami

GV5: Dia Fadila, Zamani Slam, Amelina

GV7: Muss, Ayu Damit, Noraniza Idris

GV8: Nikki Palikat, Suki Low

GV9: Bob Yusof, Shila Amzah, Tomok

Apakah pendapat anda tentang konsep ini? Adakah korang ok atau tak ok? Secara jujur, memanglah Min tau ada desas-desus tentang All Stars ni dan Min agak hampa bahawa ia kini menjadi realiti.

Ini kerana Gegar Vaganza sebuah wadah untuk penyanyi yang dah lenyap dari industri untuk berkembang balik. Tapi sejak musim lalu, sepertinya arahan yang diambil oleh pihak Astro agak lain sedikit. Musim lalu, peserta-peserta bukannye yang penyanyi yang dah senyap… Sebagai contoh Jac dan Shia Amzah…

Yang penting, barisan juri masih sama. Iaitu Datp’ Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang! Hmmm,,, pengacara siapa..?

Walaupun All Stars, konsep pertandingan tetap sama tau. Setiap minggu ada penyingkiran. Fikir macam Drag Race All Stars All Winners!

All Stars Gegar Vaganza akan bermula pada 24 September di Astro Ria. InsyaAllah boleh ditonton di Facebook Kedai Emas Nurul Iman.

Kalau Hady Mirza menang kan best. Ini bermaksud dialah pemenang sejati musim ke-6! Tapi… kalau calon hot seat yang memang… camne?

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Astro Gempak)

7 comments

Tinggalkan komen