Repvblik di Singapura November nanti

Band Indonesia yang popular dengan lagu Sandiwara Cinta, Selimut Tetangga, Tiada Guna Lagi dan banyak lagi akan menemui peminat Singapura di tak lain tak bukan… Bukit Bintang Temasek.

Repvblik akan mengadakan konsert mereka pada 17 November tahun ini.

Butiran lebih lanjut mungkin akan dikongsi oleh pihak penganjur, MSN Event Management, dalam beberapa hari. Malah, mereka baru saja kongsi secebis IG Story:

Jumaat ini, Repvblik akan adakan konsert di Kuala Lumpur sempena ulang tahun ke-19 mereka.

Kumpulan Repvblik kini dianggotai Ruri (vokalis), Lavy (bass), Tyar (keyboard) dan Eii (gitar utama).

Korang nak pi tengok tak?

– Pengkritik Sandiwara

One comment

Tinggalkan komen