Salam sejahtera, pembaca setiaku!
Disifatkan sebagai exposé of the year, bebenang tweet seorang jejaka di mana hatinya disakiti dilihat lebih sejuta kali di Twitter.
Pengguna Twitter @mhdnvsrul telah menulis bebenang panjang pada 12 Januari, mendedahkan bekas kekasihnya yang telah curang dalam perhubungan mereka bukan sekali atau dua kali tetapi berkali-kali!
Dalam permulaan tweet yang meraih lebih 1,300 retweets dan 2,200 quote tweets itu, Nasrul. menceritakan tentang bagaimana bekas kekasihnya Kaisah merobek hatinya berkali-kali.
Pendedahan ini telah dianggap sebagai pendedahan yang sempurna kerana tiada cacat celah dan peluang untuk pihak lain melawan kata-kata Nasrul. Ini kerana segala bukti dilampirkan. Selain tulisan notes app, bebenang tweet itu dilengkapi video-video dan juga gambar!
Pendek kata, Kaisah ditangkap berdua-duaan bersama jantan simpanannya bernama Aqil. Mereka berdua sekelas dalam kursus Nitec Tinggi. Ketiga-tiga mereka merupakan pelajar ITE yang sama. Aqil dan Kaisah merupakan rakan sekelas.
Apa yang memeranjatkan lagi adalah apabila gambar serta video Aqil dan Kaisah berdaycation bersama dikorek Nasrul.
Nampaknya, masyarakat Melayu Singapura tidak kebuntuan drama tahun ini. Selesai saja Azula Cinta dan Repunzeel, ada saja yang menjelma.
Walau bagaimanapun, kami mendoakan yang terbaik untuk semua pihak. Terutama sekali Nasrul, semoga akan diberi kejayaan dalam pelajarannya di politeknik kelak dan kebahagiaan dalam apa jua yang beliau lakukan!
– Pengkritik Sandiwara
gambar header: Twitter thread mhdnvsrul