Kami ke Bandung untuk Playlist Live Festival 2.0!

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Sekiranya anda sedang membaca ni, ini bermaksud pasukan Pengkritik Sandiwara sedang dalam perjalanan ke Bandung untuk Playlist Live Festival 2.0!

Ape tu Playlist Live Festival 2.0?

Pendek kata, Playlist Live Festival ni acah-acah Coachella Indonesia. Menariknya, ia menampilkan artis atau kugiran yang popular pada awal 2000-an.

Ini bermakna, ia seolah childhood memory lah untuk pengunjung pesta muzik ini.

Acara ini berlangsung pada hujung minggu ini, 17 dan 18 September di Laswi Heritage Bandung.

Inilah barisan kugiran dan penyanyi yang akan membuat penampilan nanti. Jangan risau, Min akan kongsi di IG Story tau!!!

Antara band popular yang akan muncul adalah Ungu, Dewa 19, Wali, D’Masiv, Kerispatih x Sammy Simorangkir x Badai, Jamrud, JKT48, Momo, Sunu Matta, Donnie Sibarani, Rijja, Angkasa, Firman, Virzha, Alexa, Hello, Ebiet G Ade, Pas Band, The Virgin, The Lucky Laki, Andra and the Backbone, Marcell, Pinkan Mambo, Andien, FADE2BLACK, Armada, Saykoji, Repvblik, Audy, Hijau Daun, Rossa, Padi Reborn, Duo Maia, Kahitna, Mulan Jameela, Maliq & D’essentials, Kangen Band, Setia Band, Radja, J Rocks, Astrid, Kotak, Cinta Laura Kiehl, Bondan Prakoso, Project Pop, d’Cinnamons, Vagetoz, Kuburan, T Five, The Changcuters, The Reunion, Vierratale, ! Amy Search pun ada weiiiii.

Hehe, Min tak sabar!

Untuk butiran lanjut, boleh ke lelaman Playlist Live Festival 2.0.

– Pengkritik Sandiwara

2 comments

Tinggalkan komen