Pak Radin ‘muncul’ di Malam Seram

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Setelah lebih setahun tidak mendengar suaranya, pemanggil kegemaran ramai (or maybe not), akhirnya dapat menembusi rancangan hiburan yang dikelolakan oleh DJ KC, Malam Seram!

Sekitar masa 1:05:00, KC berkata bahawa terdapat satu nombor ni yang asyik telefon semenjak semalam.

Dan oleh kerana itu, dia ingin menelefon nombor ini untuk ketahui siapa dan mengingatkan individu tersebut mengenai ‘rules’ Malam Seram. Iaitu untuk tidak menelefon KC, hanya hantarkan mesej suara atau WhatsApp, dan KC akan telefon.

Tapi entah kenapa, KC tidak menyekat nombor itu awal pagi tadi. Itulah yang dilakukan KC setiap kali terdapat nombor yang menelefonnya!

Hmm… magik sungguh ye, Pak Radin ni? Apabila mendengar suara nyaring diiringi telo Jawa, terbeliak mata KC kerana suara tu suara Pak Radin!

.

KC seperti tidak percaya bahawa itu pemanggil setianya yang sering menelefonnya pada larut malam di Ria dahulu semasa KC kendalikan Misteri Jam 12.

Sis selalu ingat KC confirm akan malas nak layan Pak Radin dulu sebab dia akan berceloteh laaaaamaaa sangat! Tapi kali ini, KC tak hiraukan itu semua. Malah, dia mengalu-alukan panggilan Pak Radin!

Pak Radin pun mulakan kisahnya dan mengingatkan anak muda untuk berhati-hati apabila bercinta!

Korang bagaimana, suka tak Pak Radin is back? Rindu dia tak? Adakah ini gimmick?

KC berjenaka bahawa ini adalah kali pertama dan kali terakhir… ye ke?

Pengkritik Sandiwara

(Gambar header: YouTube Malam Seram)

2 comments

  1. Saya rindu nk dengar cerita dr pak Radin walaupon ada masaalah nya…. yg penting nasihat,pengetahuan crita sangat2 baik!!
    Tk sangka saya pon nk guna khidmat pak Radin tolg lah beri no talipon nya bole taaak??! Sangat2 mengharap sekarg dah tk tau nk usaha bagaimana? Saya ada masaalah.. Tolg lah!!

    Like

Tinggalkan komen