Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Pemenang SG Mania 3, Rahila Rashun berkongsi di Tellonym melalui Instagram Storynya bahawa beliau kini hamil.

Menjawab soalan di Tellonym, Rahila merahsiakan jantina bakal anaknya. Terdapat juga soalan yang menanyakan sama ada beliau hamil dan beliau tidak menafikannya.

Melalui Tellonym, Rahila yang bernikah awal tahun ini mejawab, “Ya, saya. Alhamdulillah, rezeki tuhan. Terima kasih banyak-banyak!”
Bukan itu saja, terdapat juga soalan di mana seseorang menanyakan perjalanannya semasa berbadan dua.

Dengan penuh kesantunan, Rahila menjawab bahawa kepada bakal-bakal ibu, apa yang mereka lalui serupa, cuma ia istimewa kepada setiap seorang.
Selain itu, suaminya, KpBlvck, mengongsi gambar di Instagramnya dengan kapsyen “Lagi satu bulan lagi,” serta emoji hati.
Adakah 1 bulan ini menandakan kelahiran bayi mereka?
Apa-apa pun, kami berharap yang terbaik untuk mereka berdua. InsyaAllah segalanya akan berjalan dengan lancar!
– Pengkritik Sandiwara
(Gambar header: Instagram KpBlavk & Rahila Rashun)
[…] setempat bersuara lantang, Rahila Rashun, selamat melahirkan anak sulungnya awal pagi […]
LikeLike