Juara Gegar Vaganza Berganda!

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Nampaknya, hasrat penduduk Melayu Singapura melihat pemenang Singapore dan Asian Idol merangkul takhtah Gegar Vaganza 2019 menjadi satu kenyataan.

Walaupun ‘Asian Idol’ sekadar gelaran yang setakat kerana bukan semua orang di Asia kenal Hady Mirza.

Setelah berminggu-minggu bertarung di pentas GV bersama penyanyi hebat lain seperti Jatt Ali dan One Nation Emcees, akhirnya keputusan telah diumumkan.

Namun, segelintir penonton agak kurang puas hati dengan keputusannya! Mengapa?

(dalam gambar ni dah sedia 2 piala berukiran ‘Juara’. Hmmm… So semua dah dirancang?)

Ini kerana, dua juara diumumkan. Naqiu juga memperoleh peratusan markah yang sama (87%)! Oleh itu, pihak penganjur/pengadil sebulat suara menobatkan bukan satu tetapi… dua pemenang. What are the chances markah sama?

Sejarah mungkin sudah berulang, nampaknya. Jika RuPaul menobatkan Trinity The Tuck dan Monet Xchange sebagai pemenang Rupaul’s Drag Race All Stars 4, Astro kini mengumumkan Hady dan Naqiu sebagai pemenang.

Tidak boleh dinafikan bahawa kedua-dua mereka layak dan mempunyai bakat untuk menang. Tapi persoalannya… siapa yang LEBIH layak? Ini adalah peraduan. Dan sepatutnya, seorang pemenang saja yang harus diumumkan kerana penonton semua lebih terbiasa dengan seorang pemenang!

Mengapa Astro melakukan sebegini? Adakah kerana tidak ingin hilang jumlah penonton Singapura yang melonjak? Atau ingin memastikan perhubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura tetap kekal? Ada kata ini semua untuk ratings semata-mata. Apa kata anda?

Secara peribadi, kemenangan gandaan ini tak masuk akal. Pada mulanya, lanjutkan siri ini, dan setelah membuat sebegitu, umum dua pemenang. Hmmm… Lantak lah. Duit korang.

Yang penting… Suria can never achieve this kind of hype ever again. Bila SG Mania 2019… hypenya sebegini ke? Tak pun. So, Suria harus rethink their programmes agar dapat menyatukan Melayu Singapura agar sama-sama menyokong bakat setempat!

Sehinggakan… ada ahli politik pun nak kongsi pasal GV ni!

Tengok tu Encik Amrin Amin muatnaikkan gambar Hady dan Naqiu ke Instagramnya!

Hady Mirza juga kongsi gambar 3 ekor kucing yang dinamakan setelah gelaran yang dijuarainya! SI, AI dan GV! Kalau menang peraduan lagi… ada kucing lagi ke?

Semoga perjalanan kerjaya Hady Mirza akan terus MELETOP setelah Gegar Vaganza!

Nanti sekejap-sekejap asyik muncul kat rancangan live suria nampaknya…

Gegar Vaganza 2020 ada berapa orang pemenang pulak?

Pengkritik Sandiwara

6 comments

Tinggalkan komen