Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Semasa menonton pementasan Merdeka/ 獨立 /சுதந்திரம் ini, jelas ternyata bahawa banyak kajian yang telah dilalukan untuk menjayakan persembahan di W!LD RICE FUNAN itu.
Karya Alfian Sa’at dan Neo Hai Bin bukan sekadar mengajak penonton menjelajah sejarah lebih 200 tahun yang lalu, tapi penonton juga diberi pandangan alternatif akan sejarah yang kita pelajari menerusi buku teks di sekolah. Sksksks.
6 orang individu dari kumpulan Facebook “Raffles Must Fall” ingin ‘lawan’ penjajahan dan mereka bentangkan sebab masing-masing mengapa mereka ingin lakukannya.
Kisah yang dikongsi begitu rapat dengan mereka kerana bangsa mereka, walaupun telah ditetapkan bahawa konsep ‘bangsa’ itu adalah produk penjajahan.
Dari kisah Puteri Jawa, peristiwa tandatangan treaty dari lensa lain, rusuhan sekolah cina dan bermacam lagi.
Natijahnya, kisah-kisah ini memberi pemahaman dan perskpetif berbeza, yang membuka minda dan membuat penonton berfikir.
Enam sekawan itu sering setuju dan tidak setuju terhadap idea satu sama lain tentang penjajahan dan anti penjajahan. Dan sering menyoal adakah patut untuk menjatuhkan Raffles?
Seringkali mereka terperangkap kerana mereka sedar bahawa mereka telah gunakan produk penjajahan, sebagai contoh, Bahasa Inggeris untuk saling berbincang dan berbual.
Jadi… bagaimana untuk jadi anti penjajahan ni eh! Konpius!
Lakonan Brendon Fernandez, Chong Woon Yong, Ghafir Akbar, Rebekah Sangeetha, Umi Kalthum dan Zee Wong amat serasi sekali.
Sungguh terpegun melihat Umi Kalthum menarikan tarian Jawa! Lagi-lagi bila pelakon lain juga kenakan headgear Jawa dan juga pergerakan Jawa! Macam kononnya dibawa ke Indonesia gitew!
Nyanyian Rebekah Sangeetha mendendangkan lagu Melayu juga amat lunak sekali! Terlena apabila mendengar suara merdunya. Hais merecikz sangat!
Dan… bukan pementasan lah W!LD RICE kalau penonton tak ajak sertai persembahan! Penonton diajak menyeru MERDEKA dalam salah satu babak, lakonan semula ucapan mendiang Lee Kuan Yew. Seronok sangat! Tapi tu lah, penonton cuma menjerit, tak mengangkat tangan mereka. Diriku seperti syiok sendiri…
Sebelum ini, Alfian Sa’at juga pernah menulis karya yang memberi pandangan berbeza terhadap sejarah Singapura. Seperti Hotel dan Geng Rebut Cabinet. Yang mencetus perbincangan, of course as always.
Tahun ini, terdapat beberapa pementasan yang membincangkan ‘perayaan’ Dwiabad Singapura.
The Necessary Stage telah adakan pementasan Civilised, mengupas tentang jajahan moden.
Merdeka/ 獨立 /சுதந்திரம் telah dilanjutkan sehingga 2 November. Cepat beli tiket!!!! Jangan terlepas, ea.
⭐️: 4.2/5
– Pengkritik Sandiwara
Bacalah lagi!
[…] 30 Julai hingga 10 Ogos, orang ramai boleh menonton Merdeka / 獨立 / சுதந்திரம், karya Alfian Sa’at dan Neo Hai Bin, secara on […]
LikeLike