Akan Datang: Tanah•Air 水•土:A Play In Two Parts oleh Drama Box

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Kalau terlepas menonton lakonan Roslan Kemat buat julung-julung kalinya dalam dunia teater, apa kata anda cepat-cepat beli tiket bagi Tanah•Air 水•土:A Play In Two Parts oleh Drama Box dianjurkan bersama dengan Taman Warisan Melayu sempena Pesta Budaya Melayu. 

 

Dalam meraikan Dwiabad tahun ini, Drama Box ingin menyoal tentang sejarah kita. Bagaimana ia ditulis dan bagaimana ia difahamkan. Apakah kisah yang dikecualikan di dalam tulisan sejarah tanah kita, dan perairan di seklilingnya?

Bahagian pertama pementasan ini, bertajuk Tanah akan dipersembahkan dalam Bahasa Cina manakala Air pula dalam Bahasa Melayu.

Diilhamkan oleh novel Duka Bertakhta oleh penulis dan penerima Pingat Budaya Isa Kamari, Tanah ditulis oleh Neo Hai Bin dan diarah bersama oleh Kok Heng Leun dan Koh Wan Ching.

Ia mengisahkan tentang seorang gadis yang kehilangan rumahnya di laut dan terpaksa datang ke darat untuk memulakan hidupnya sekali lagi. Pelbagai onak dan duri harus dia harungi untuk mencari tempatnya di tanah ini.

Tanah menampilkan barisan pelakon muda – Chng Xin Xuan, Jereh Leung, Lian Sutton, Wendi Wee Hian dan Deonn Yang.

Ia akan depentaskan tanah lapang hadapan Taman Warisan Melayu.


Diarah oleh Kok Heng Leun dan Adib Kosnan, Air ditulis oleh Zulfadli Rashid.

Persembahan verbatim berkisar tentang Orang Seletar, sekumpulan orang etnik yang tinggal di perairan di utara Singapura berkurun lamanya.

Selain Roslan Kemat, Farez Najid, Suhaili Safari dan Dalifah Shahril juga akan turut menjayakan Air.

Bagaimana Orang Seletar dikecualikan dalam kisah sejarah kita? Itulah persoalan utama penulis Air. Semoga dengan pementasan ini, dapat memberi kesedaran akan sejarah yang dilupakan ini.

Tanah•Air 水•土:A Play In Two Parts akan berlangsung pada 16 – 20 Oktober, pada jam 8.15 malam hingga 11.15 malam di Taman Warisan Melayu.

Tiket-tiket boleh didapati di sini.

– Pengkritik Sandiwara

Bacalah lagi!

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s