Akan Datang: Merdeka / 獨立 /சுதந்திரம் oleh W!LD RICE

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Sempena pembukaan besar-besaran W!ld Rice di Funan, sebanyak 4 pementasan akan disajikan buat para penonton!

grand open

Antara pementasan yang akan dipentaskan adalah Emily of Emerald Hill, Fair Play, Peter Pan in Serangoon Gardens dan Merdeka / 獨立 /சுதந்திரம்.


Karya Alfian Sa’at dan Neo Hai Bin akan mengupas isu Dwiabad Singapura yang dibanggakan Singapura.

Enam anak muda dari menubuh kumpulan “Raffles Must Fall” atau “Raffles Mesti Gagal” untuk memeriksa legasi jajahan negara kita. Mereka menelaah bahan teks yang terlupa, melakonkan semula adegan untuk lebih memahami kengerian dikawal.. dan cita-cita kepercayaan diri.

Merdeka / 獨立 /சுதந்திரம் menyoal kita tentang sejarah jajahan dan bagaimana ia masih wujud dalam masa kini dan masa hadapan.

Mengapa menyambut permulaan tetapi tidak tamatnya penjajahan? Adakah Singapura benar-benar merdeka tanpa melalui penjajahan? Dan jika Raffles jatuh, apakah yang akan diheret bersamanya?

Ia pasti sebuah persembahan yang akan membuka minda penonton dan memberi perspektif berbeza tentang Raffles dan penjajahan yang kit pelajari dari buku teks. Dan kami tentu W!LD RICE dan Alfian Sa’at akan mengupas isu-isu ini dengan lebih mendalam, membuat orang ramai tersentak dan fikir dua kali tentang Singapura yang kita banggakan ini.

Merdeka / 獨立 /சுதந்திரம் akan berlangsung pada 10 – 27 Oktober di Funan Mall. Tiket-tiket berharga $20 – $70 boleh didapati di Sistic.

– Pengkritik Sandiwara

 

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s