Salam sejahtera, wahai pembaca setiaku!
Malam semalam, saya telah ke Esplanade untuk acara Pesta Raya, sebuah pesta tahunan bagi menyambut seni Melayu. Saya telah menonton pementasan Main² oleh Teater Ekamatra dan Esplanade Presents.
Diarah dan ditulis oleh Aidli ‘Alin’ Mosbit, Main² merupakan pementasan Melayu pertama Pesta Raya pada tahun 2002. 15 tahun kemudian, ia kembali dengan isu-isu yang (malangnya) masih kekal relevan dan juga skrip yang padan pada dekad ini.
Inilah kali pertama di mana saya ternampak statistik di dalam activity booklet sesebuah pementasan. Oleh kerana pementasan ini tentang penyalahgunaan dadah, penderaan di rumah dan penderaan seksual, terdapat 2 halaman yang menunjukkan perbandingan jumlah orang yang menjadi mangsa atau terjebak dalam keganasan/penderaan yang telah saya katakan pada tahun 2002 dan 2016. Walaupun secara keseluruhannya jumlah kes-kes telah berkurangan pada tahun 2016, tidak bermaksud ia akan hapus kelak kerana a) ia masih berlaku dan b) berapakah jumlah kes yang tidak dilaporkan?
Sebelum pementasan dimulakan, kesemua pelakon sedang bermain-main di pentas. Mereka main kejar-kejar, fox and chicken (idk what yall call it but that’s what I rmb from my childhood), nenek harimau (??) dan lain-lain. Walaupun show belum mula, nampaknya para penonton yang hadir awal amat terhibur dengan gelagat 6 pelakon yang sedang bersuka ria ini!
Saya juga suka dengan setnya yang direka oleh Akbar Syadiq, yang amat berwarna-warni dan simple! Sekali pandang, hmm macam playground. Dua kali pandang, IT IS A PLAYGROUND. Kostum mereka juga amat menarik sekali dan saya ingin beli ya sebab amat functional, boleh tukar-tukar terus jadi watak lain. I loike. PM baju, sis Foo Ai Wei.
Main² mengisahkan 6 orang watak yang sudah arwah dan sedang menunggu giliran mereka ke bumi untuk menyambut Hari Raya bersama orang yang tersayang. Pada masa itu, mereka imbas kembali kehidupan mereka. Dalam suasana ceria di taman permainan ini, setiap watak mempunyai sejarah silam yang amat menyedihkan sekali dan mungkin penonton boleh kaitkan diri mereka dengan kisah-kisah yang dikongsikan bersama melalui watak-watak ini.
Watak Adam (Farez Najid) seorang duda yang tidak hiraukan anaknya, berkelakuan seperti seorang bujang yang tiada tanggungjawab. Watak Daud (Al-Matin Yatim) merupakan seorang penagih dadah yang tak serik-serik sehinggakan nyawanya terkorban akibat dadah. Watak Junita (Farhana M Noor) merupakan seorang wanita yang terpaksa kahwin kerana bunting dan boleh diklasifikasikan sebagai Ghetto Malays™ kerana mempunyai 3 orang anak walaupun tidak mampu. Dia didera secara fizikal dan seksual sehinggakan mati oleh kerana BDSM gone wrong.
Sebaliknya, watak Shaiful (Abang Hatta) merupakan seorang suami yang dipukul bantai oleh isteri kerana tidak boleh buat kerja rumah. Liberal feminist would be happy to see him committing suicide sebab he’s weak lmao. Watak Nina (Suhaili Safari) merupakan seorang watak yang sifatnya kebudak-budakan dan kisah silamnya dikongsikan secara tidak sengaja apabila kesemua watak sedang roleplay watak raja/princess apabila Nina berkata daddynya selalu bagi sayang omg grotesque tapi menyedihkan. Agaknya, itulah mengapa watak Nina bersifat kebudak-budakan kerana dia inginkan childhoodnya kembali kerana semenjak ayahnya mencabulinya, dia tidak dapat menikmati zaman childhood seperti kanak-kanak lain?
Dan akhir sekali, Asha yang dimainkan oleh Munah Bagharib. Watak Asha merupakan perempuan simpanan yang kemudian menjadi isteri kedua kepada jantan yang mempunyai bisnes dadah (what). Tu pasal dia boleh mampu beg jenama serta kahwin lagi satu! Pada masa yang sama, Asha juga pernah cuba membunuh diri dan punca utama adalah agama. Ini kerana Asha terdengar makcik-makcik cakap bahawa anak kecil kalau mati masuk syurga. Oleh kerana Asha ingin sangat masuk syurga, dia fikirkan cara termudah untuk mati. Sampai lah dia uzur so no more syurga HAHAHA. But then again, this watak scandalous reminds me of Kathee Staircase?? Something she would do ah (except the suicide kot).
Secara keseluruhan, saya rasa Aidli ‘Alin’ Mosbit berjaya mengetengahkan isu-isu serius dengan secara selamba sekali. Dan ini amat membimbangkan sekali kerana adakah masyarakat Melayu akan menganggap masalah-masalah yang sinonim dengan kaum kita sebagai isu-isu yang remeh-temeh yang tidak perlukan banyak perhatian?
Secara peribadi, saya berpendapat bahawa masyarakat Melayu boleh dibahagikan kepada 3 kategori. Pertama, mereka-mereka yang masih dibelenggu oleh masalah sosial. Dan ia amat sukar bagi mereka untuk keluar daripada masalah ini kerana ia sebuah vicious cyle. Kedua, mereka-mereka yang sudah berjaya keluar daripada cycle tersebut dan ada golongan yang ingin menolong, ada pula yang tidak ingin menolong kerana tidak mahu ada kaitan dengan masa silam mereka. Dan terakhir sekali, mereka-mereka yang sememangnya sudah berjaya, daripada sosio-ekonomi yang berlainan dan tidak ingin associate diri mereka dengan Ghetto Malays™ langsung. (just my personal opinion + not everyone is like this ok)
Walaubagaimanapun, saya had fun watching this, sungguh kelakar pada masa yang sama, isu-isu yang dekat dengan hati masyarakat Melayu diselitkan, saya hampir menitiskan airmata! Saya juga masih tidak puas hati kerana Main²= Mainn dan bukan Main-main. Sepatutnya (Main)² but I’m just being lame.
– Pengkritik Sandiwara