Previu: Main²

Salam sejahtera, semua!

Sempena Pesta Raya 2017, Esplanade bersama Teater Ekamatra akan mengembalikan pementasan Bahasa Melayu pertama yang dimainkan di Esplanade dan juga Pesta Raya pada tahun 2002! Bertajuk Main² dan ditulis oleh Aidli ‘Alin’ Mosbit, ia mengisahkan kisah enam orang watak yang kehidupan mereka saling bertembung di mana setiap watak mengharungi penderaan dari segi fizikal, emosi dan psikologi serta keganasan, konflik dalaman dan lain-lain. Pementasan ini bakal dijayakan oleh pelakon dan penggiat teater tak asing lagi seperti Al-Matin Yatim, Farez Najid, Farhana M Noor, Hatta Said, Munah Bagharib dan Suhaili Safari.

Pada bulan Mei yang lalu, sekumpulan pelajar dari Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) juga telah menjayakan pementasan Main-main ini. Jadi, kepada anda yang sempat menonton pementasan oleh NUS, boleh lah tonton lagi! Kali ni oleh Teater Ekamatra dan Esplanade pulak.

Main² akan berlangsung dari 20-23 Julai di Esplanade Theatre Studio. Tiket-tiket boleh didapati di Sistic!

The nerd in me is annoyed because it should be (Main)² instead of Main² ah hahaha macam Mariah Carey punya album e=mc² controversy.

– Pengkritik Sandiwara

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s