Firasat 2: Episod 2

Salam sejahtera, para pembaca setiaku. Kali ini saya akan menulis pasal drama sci-fi Melayu di Suria iaitu Firasat.

Banyak sangat persamaan dengan drama-drama Sci-fi lain yang boleh penonton lihat dalam drama ini. Seumpamanya watak-watak yang serupa dari drama Heroes atau filem X-Men. Ataupun motif yang seakan dengan Agents of SHIELD. Tapi bagaimanakah drama ini lain daripada cerita-cerita barat ini dan adakah ia lebih relevan kepada penonton tempatan?


Episod 2

img_1375

Seorang ibu yang sedang nazak menyuruh anaknya mengawal kuasanya. Kuasa apa eh?

Setelah menghembus nafas terakhir, dua orang tailong menjelma di rumah itu. Unsur kebetulan 💯. Dua penyagak ini pun tak kisah jika ada mayat dalam rumah tu. Yang penting, duit ada. Walaupun Danial sudah memberitahu bahawa mereka tiada duit, tailong masih ingin memeriksa segala benda dalam rumah.

Padahal rumah 2 bilik punya type, obvsly la takde duit, bodoh! Lagipun, si Danial ni tak boleh berjalan, kenek gunakan crutches. Mestilah keluarga ni takde duit kan?

Danial menggunakan kuasanya. Iaitu, dia mampu meletakkan imej dalam fikiran “mangsa”nya. Si tailong fikirkan bahawa ada serangga yang terkeluar dari almari itu padahal takde apa-apa pun. Kuasanya macam Emma Frost gitew.

giphy4

Merepek eh kenapa Danial tak gunakan kuasa dia untuk meletakkan imej duit di dalam tailong tersebut????? Kalau dia buat begitu, tak perlu nak berdrama segala. Dia pun boleh menggunakan kuasanya untuk merawat ibunya kan? Pergi hospital dan gunakan kuasa untuk meyakinkan doktor bahawa mereka ada duit ke apa.

img_1380

Tailong tu pun mati sebab ingin mengelak diri daripada serangga, dia terjatuh dari tingkat berapa entah.

img_1381

Dan secara kebetulan, Jimmy dan pasukannya mengambil alih kes ini! Punca mengapa tailong tu terjun masih menjadi tanda tanya.

img_1382

Mereka sepasukan pun menyelidik. Danial tiada  di rumah.

img_1383

Watak baru (I name him Talib cos lupa nama) sedang menyaksikan Berita dan anaknya (Yaya Hamid, let’s call her Siti) tanya ayahnya sedang menonton apa. BERITA LA TIMESLOT 8 MALAM.

Dr Erlina berjumpa seorang perempuan yang mempunyai kuasa untuk memulakan api. Tetapi ayahnya menuntut bayaran. Ini kerana banyak orang yang ingin berjumpa anaknya yang “gifted” ini.

Anaknya macam Human Torch ah but level -500 sebab setakat boleh hidupkan api.

3cb67bf7ef8d09df6b22bdb1c4b5467b

Dr Yasmin meletakkan Syawal di dalam keadaan di mana fikirannya menggambarkan imej-imej gembira bersama Firman dan Erlina. Hmm… Mengapa ya? Dan watak Shane Mardjuki ni siapa sebenarnya?

img_1388

Mereka memerlukan Firman kerana kuasa Firman mungkin akan berkembang dan mampu melihat masa hadapan dengan lebih jelas.

Perempuan bodoh sak. Tak nampak ke diorang pakai lanyard yang berkata POLICE.

Ini bapa tiri Danial. Danial mencarinya kerana dialah yang hutang tailong. Danial menggunakan kuasanya untuk meletakkan imej hantu.

Good acting by the girl.

img_1393

Bapa tiri Danial lari dan dilanggar kereta. Whot.

img_1394

Danial berjaya meloloskan diri.

Tetapi Firman mengejarnya. Malangnya, Danial menggunakan kuasanya terhadap Firman. Nampaknya, imbasan yang Firman mimpikan adalah adegan ini. Erlina tidak akan mengalami keguguran. (or is it)

Ni macam That’s So Raven ah. What you see is not what you get. Haha.

img_1397

Shahid cuba mengawal keadaan kerana Firman hampir-hampir menembaknya.

img_1398

Shahid memberitahu Erlina apa yang berlaku.

img_1399

Mujur, Firman ok.

img_1400

Wow, keluarga bahagia bermain monopoly. Yaya Hamid memainkan watak daddy’s girl. Sama seperti dalam Kelab J.

Give her another character, Suria.

Danial berkomunikasi bersama ayahnya melalui kuasa telepathy!

8899b67974a4371099104d95dcf470e9

Danial mewarisi kuasa ayahnya.

Jimmy (aka Kasimir yang kuasanya ialah menjejak the gifted) tahu bahawa Danial mempunyai kuasa yang serupa dengan ayahnya.

img_1406

Maya menunjukkan beberapa imej (aka the future) yang telah alat Kronos ciptakan.

img_1407

Firman terlepas beberapa latihan dan menerima lecture daripada Dr Yasmin. (kononnya kalau dia hadirkan diri, insiden halusinasi tu boleh dielak)

img_1408img_1409

Huh. First of all, special effects buruk or what???(api muncul kat atas kertas tapi kertas tak terbakar)??? Dr Erlina cuba berbual dengan budak ni pasal apa la.

Saya agak hairan. Adakah semua gifted ones bersembunyi? Tiada yang dengan bangganya mengelar diri mereka superhero ke? Nampaknya begitu ye.

img_1410img_1411

Ini namanya tak betul! Kalau ye pun kau nampak ada serangga dalam lengan kau, takkan kau tergamak nak buat pembedahan atas diri sendiri untuk keluarkan serangga tu? Gila sak!!!

(ini semua kerja Danial)

img_1412

Abeh diri sendiri merana kan???? Darah meleleh tak henti-henti bak Niagara Falls.

img_1413

Setelah mengkaji gambar-gambar Kronos, Firman akhirnya dapat meneka apa yang bakal berlaku.

Pelik, Kronos mencipta imej yang berkenaan dengan kes Firman. Hmm…

img_1414

Firman cuba jelaskan teorinya kepada Jimmy. Iaitu, Danial menggangu keluarga ayah kandungnya kerana dia cemburu dan inginkan keluarga bahagia.

img_1415

Wow, lihat tu. Jimmy pun sedang menyelidik The Facility. Gambar Izzat dan drebar Maya terpampang.

img_1416

Ayahnya cuba melembutkan hatinya. Ayahnya tidak mahu keluarganya merana.

img_1417

Oleh kerana itu, Talib memasukkan Danial ke dalam peti dan ingin buangnya ke dalam laut kerana tidak mahu Danial menggangu ketenteraman keluarganya.

img_1418

Mujur Firman tiba untuk WAKE UP HIS IDEA.

img_1419

Huh? Ada kuasa tapi lembik sak. Kenek rembat terus pengsan.

img_1420

Si dekni dah diselamatkan tapi ada trust issues sak!!! Dia ambil pistol dan hampir-hampir tembak Firman? Padahal Firman tak buat apa-apa kat kau!!!!!

img_1421

Drebar Maya menyelamatkan diri dengan mengelak tembakan itu. Kuasa apa saya tak pasti.

img_1422

Jimmy agak hampa kerana Firman bekerja untuk Maya. Kesemua mangsa-mangsa kesnya dihantar kepada Maya dan bukan pihak polis.

6 minggu sebelum drama ini tamat, bukan? Agak-agak apa yang bakal berlaku? Mampukah mereka menukar masa hadapan?

img_1425

Sebab mengapa Dr Yasmin bekerja di sini adalah untuk mencari penculik yang ingin menculiknya tetapi tidak berjaya. Oleh itu, adiknya menjadi pengganti.

img_1426

Mereka masih mencari dua orang ini yang masih bebas dan “hilang”.

img_1427

Shahid seperti tahu bahawa Jimmy dan Firman ada kena mengena dengan mangsa-mangsa yang hilang.

img_1428

Danial dibawa ke The Facility.

img_1429

Dia tidak boleh memasuki minda Maya kerana Maya mempunyai alat ini yang mampu menyekat kuasa Danial. Kononnya ni helmet Magneto la.

giphy5

img_1430

Wow, apa yang Izzat lakukan? Dia ingin larikan diri ke?

Oh yes, Facility juga ada army untuk menjaga tempat ini. Agak-agak mana Maya dapat duit eh?

img_1431

Maya tidak teragak-agak untuk menembak (? I think) Izzat. Ini kerana Izzat ada kuasa healing so…

img_1433

Si body swapper IS BACK #SHOOK Kasimir aka Jimmy ingin bertukar badan lagi?


Ok, secara jujur. Episod kali ni macam meh. Watak minggu ni pun macam takde impak sangat ah. Tak tau apa motif mereka mengenalkan watak-watak ini. Dan Danial bodoh or what???? Dia ada kuasa sehebat itu tapi tak tau gunakan untuk his own advantage. URGH. Abeh ada trust issues???? Juga, apakah motif Maya menyimpan gifted ones di Facility??? Apa yang dia akan lakukan? Mempergunakan kuasa mereka untuk mencipta alat canggih seperti Kronos? Apa yang Jimmy akan lakukan dengan bantuan Body Swapper? Apakah tujuan watak mingguan? Adakah mereka semua akan ditangkap oleh Maya dan dipergunakan? Dr Erlina ingin buat kajian apa pulak eh?

Itu sahaja daripada saya!

Review Kelab j akan dimuatnaikkan pada hujung minggu ini. Dan mungkin Anugerah juga!

Pengkritik Sandiwara

(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)

1 comments

Tinggalkan komen